Sunday, December 18, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 104)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.15  Dosa Besar ke-14:   Ghibah ( غيبة ) — mengumpat

sambungan .....


Penjagaan dan Rawatan bagi dosa mengumpat:

Untuk membersihkan dosa2 umpatan dan juga untuk menjauhkannya pada masa2 akan datang, seseorang perlu sungguh2 melakukan hal2 berikut.


(1) Taubat dari dosa2 mengumpat dengan Taubat Nasuha. Cara2 Taubat Nasuha dan kifarat bagi orang yang mengumpat — Rujuk penghujung segmen ini.


(2) Sentiasa melihat kekurangan diri.  Jika pada suatu ketika hati kamu tergerak untuk mengumpat, segera muhasabah diri sebagai hamba yang hina dina.


(3) Jauhkan pergaulan yang sia2 dan yang tidak perlu.  Ketahuilah, banyak sekali dosa2 umpatan dan juga bebagai pendustaan terjadi akibat dari banyak pergaulan dan perkataan yang sia2. 


(4) Jika kamu perlu mengumpat untuk mempertahankan Agama dan mendirikan keadilan di kalangan manusia sebagaimana telah disebutkan sebelum ini dalam "Bab Keharusan Mengumpat", maka pastikan kamu mematuhi syarat2nya, jangan berlebihan dan jangan melampaui sempadan2nya.


(5) Mendidik hati dengan banyakkan zikrullah, solat dan terus-menerus istighfar.  Moga dengan itu hati menjadi lembut, bersih dan bercahaya dengan cahaya Keimanan.  Hati yang bercahaya dengan cahaya Keimanan akan lebih terpelihara dari dosa2 mengumpat.


Sebagaimana kami telah menyebut berulangkali, inilah kaedah Ahli Sufi / Ahli Ma'rifat / Mursyid yang siddiq mendidik manusia menjadi Mu'min dan hamba2 Allah yang sebenar — jauh daripada segala macam kesyirikan (syirik khafi), kemunafikan (munafiq kecil) dan mazmumah (sifat2 keji).  Sistem Tarbiyyah ini diwarisi oleh sekalian Ahli Sufi / Ahli Ma'rifat / Mursyid yang siddiq,  turun-temurun daripada Junjungan Besar Rasulullah  ﷺ.  Oleh kerana inilah setiap Muslim diwajibkan mencari Mursyid yang siddiq dan sungguh2 amalkan Syari'at dan Toriqat Nabi ﷺ dengan bimbingan mereka.


Mereka yang belum bertemu seorang Mursyid yang siddiq untuk membimbingnya kepada Allah Ta'ala, hendaklah berserta dengan pendokong Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dan amalkan zikir2 umum bagi membersihkan hatinya. 


Taubat Nasuha dan Kifarat bagi dosa mengumpat:


Bersambung siri  105    اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI                                                                                                                                                                 

      

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...