Saturday, December 17, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 103)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.15  Dosa Besar ke-14:   Ghibah ( غيبة ) — mengumpat

sambungan .....


Keempat : Selamatkan Aqidah dan ibadah Ummat islam:


Jika kamu mengetahui bahawa ada seseorang atau kumpulan manusia membawa fahaman2 bid'ah sesat (fahaman yang bertentangan dengan  Ahlus Sunnah) seperti fahaman Syi'ah (rafidhi), Wahhabiyyah (khawarij), Mujassimah, ajaran Qadyani dll. maka harus menyebut nama si fulan yang menyebarkan fahaman2 sesat supaya Ummat Islam tidak terpedaya dengan ideologi tersebut,


Hal yang lain :    Jika seseorang bapa kepada gadis yang akan melangsungkan perkahwinan anak gadisnya,  dan kamu tahu bahawa calon pengantin lelaki tersebut tidak baik akhlaqnya (misalnya dia suka minum arak, judi, dsb), maka kamu harus menyatakannya kepada bapa gadis itu.  


Hal yang lain :    Harus menjadi saksi di Mahkamah untuk menyebutkan kelakuan buruk seseorang. 


 Kelima: Mengenali seseorang dengan suatu gelaran:

Jika seseorang dikenali dengan suatu gelaran dan tak dapat dikenalinya melainkan dengan gelaran tersebut, maka harus menyebutnya. Misalnya seeorang terkenal dengan panggilan "Pak Tempang" atau "Pak Kudung", maka harus menyebut untuk mengenalinya.


Keenam: Mengumpat orang yang terang2an melakukan ma'siat atau melakukan kefasikan:


Jika seseorang terang2an melakukan kefasikan dan kemungkaran seperti menampakkan dirinya seperti "wanita",  minum arak terang2an atau mempunyai tempat2 perjudian, kedai2 minuman keras dsb. maka boleh menyebut perkara2 buruk yang dilakukannya sebagai Amaran kepada Ummat.


Rasulullah ﷺ  bersabda:

"Barangsiapa mencampakkan baju malunya dari mukanya, maka tiada menjadi pengumpatan baginya"

[Imam Abu Syaikh]


Kata Imam Hasan Al- Basri Radhiallahu anhu:

"Tiga macam manusia, tidak menjadi pengumpatan bagi mereka, iaitu orang yang mengikut hawa nafsu, orang fasiq yang menampakkan kefasikannya dan Penguasa yang zalim."

[Ihya Ulumuddin]


Perhatian:

Berkenaan keharusan menyebut kemungkaran, kezaliman dan kefasikan Pemerintah / Penguasa adalah hal²  umum yang terkena kepada rakyat.  


Sebaliknya 'aib peribadi yang tiada berkaitan dengan menzalimi rakyat... yang mana dia sembunyikan, maka dilarang untuk didedahkan kepada umum. 


Malangnya ahli politik zaman ini lebih suka dedahkan 'aib lawannya dan berbuat berbagai fitnah, adu domba dan dusta untuk menjatuhkan nama seseorang Pemimpin. Ini jelas dilarang. 



Bersambung siri  104    اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...