Saturday, December 17, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 102)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.15  Dosa Besar ke-14:   Ghibah ( غيبة ) — mengumpat

sambungan .....


Pengecualian — Keharusan mengumpat:


Kita telah jelas akan larangan mengumpat, akibat2nya dan kesan2nya pada orang yang gemar melakukan umpatan terhadap Muslim yang lain. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang mengharuskan seseorang mengumpat.  Perlu ditegaskan terlebih dahulu bahawa "keharusan" mengumpat ini semata2 kerana mendirikan keadilan dan syi'ar Agama, BUKAN kerana kepentingan peribadi atau kehendak nafsu atau kepentingan sesuatu kelompok manusia. Tidak.!


Menurut Imam Ghazali terdapat 6 perkara / tempat diharuskan mengumpat. 


Pertama : Orang yang dizalimi membuat aduan:


Seseorang yang dizalimi harus membuat aduan kepada Hakim, agar dia mendapat pembelaan.  Di dalam hal ini pengadu yang menyebutkan kejahatan orang yang menzaliminya harus melakukan umpatan terhadapnya. 


Keadaan lain : Jika seseorang dizalimi oleh pihak hakim; misalnya hakim makan rasuah atau berikan keputusan yang tidak adil atau khianat, maka orang yang dizalimi harus mengadu hal tersebut kepada Sultan / Pemerintah.  Ini umpatan yang harus dan Pemerintah wajib bertindak meluruskan hakim berkenaan. 


Keadaan lain :  jika Sultan / Pemerintah sendiri korup, makan rasuah dan zalim, maka menurut hukum Islam, rakyat yang dizalimi oleh Pemerintah boleh mengadu kepada Hakim yang adil.  Ini kerana perundangan dan kehakiman di dalam Islam adalah institusi yang bebas, tidak terikat kepada Pemerintah.  Badan Kehakiman WAJIB mendirikan Hukum Allah menurut Kitabullah, Sunnah Rasul dan Ijma Qias Ulama Mu'tabar.  Ini bermakna Khalifah yang memerintah Negara juga boleh didakwa dan dijatuhkan hukuman apabila telah thabit kesalahannya menurut Islam.


Rasulullah ﷺ  bersabda:

"Sesungguhnya yang mempunyai hak itu mempunyai perkataan. (berhak berbicara, membuat aduan)

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]


Kedua: Memohon bantuan untuk mencegah ma'siat / kemungkaran:


Adalah harus menyebut kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang atau suatu kumpulan,  kepada orang lain dengan tujuan mencegah kemungkaran tersebut.  Misalnya kamu melihat sekumpulan manusia sedang minum arak, maka harus menyebut kemungkaran tersebut di hadapan orang, dengan tujuan memperoleh bantuan untuk cegah kemungkaran tersebut.


Ketiga: Meminta fatwa dari Ulama :

Harus menyebut hal ehwal seseorang dengan tujuan memperoleh fatwa dari Ulama yang siddiq (benar). Misalnya kamu melihat suatu perbuatan orang yang kamu tak pasti hukumnya, maka boleh menyebut kesalahan tersebut kepada Ulama untuk mendapat jawapannya.  


Hadith Rasulullah ﷺ:

Dari Hindun binti Utbah, bahawa Hindun berkata kepada Rasulullah ﷺ "Abu Sufyan itu lelaki yang kikir, dia tidak berikanku kepadaku, apa yang mencukupi bagiku dan anakku. Apakah aku ambil tanpa pengetahuannya?" Maka jawab Baginda : "Ambillah apa yang mencukupkan bagi engkau dan anak engkau dengan baik."

[Bukhari dan Muslim]



Bersambung siri  103    اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...