Saturday, December 17, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 101)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.15  Dosa Besar ke-14:   Ghibah ( غيبة ) — mengumpat

sambungan .....


Sebab-sebab yang menggerakkan kepada umpatan:

Menurut Imam Ghazali terdapat 8 sebab yang menggerakkan seseorang kepada umpatan.


(1) Untuk hilangkan kemarahan:

Apabila dia sangat marah kepada seseorang, dia ingin melepaskannya dengan berbagai cara, antaranya dengan mengumpatnya. Dan dia rasa puas hati setelah melepaskan kata2 buruk terhadapnya.  Kadangkala dia tertahan tak dapat meluahkannya kepada seseorang, maka jadilah perasaan marah terpendam dalam hatinya sehingga menjadi hasad yang sangat keras. 


(2) Untuk bersesuaian dengan kehendak teman2nya.

Apabila teman2nya gemar mengumpat, maka dia ikut serta dalam umpatan tersebut agar tidak kelihatan terasing dari kawan2nya.   Pada sangkaannya perbuatan itu baik kerana memelihara hubungan persaudaraan, sedangkan perbuatan tersebut adalah subahat kepada kejahatan. 


(3) Menolak seseorang yang ingin memfitnahnya

Apabila dia tahu bahawa seseorang akan memfitnahnya, seperti menceritakan keburukan2nya kepada orang lain, maka dia terlebih dahulu segera mengumpat lawannya itu dengan menyebut keburukan2nya agar dirinya kelihatan benar dan lawannya kelihatan jahat pada pandangan orang.


(4) Melepaskan diri dari kesalahan:

Seseorang yang telah melakukan kesalahan (dan mula diketahui umum akan kejahatannya), segera melepaskan diri dari kejahatan  tersebut dengan mengaitkannya dengan orang lain. Misalnya dia berkata dia cuma laksanakan arahan orang. Atau dia berkata dia hanya bekerjasama untuk membantu orang tersebut. 


(5) Membanggakan diri atas orang lain

Orang ini mengangkat diri dan merendahkan orang lain agar dirinya kelihatan baik dan hebat pada pandangan manusia sementara orang lain kelihatan bodoh dan hina.


(6) Kerana dengki

Apabila sifat dengki menguasai diri (misalnya dengki terhadap seseorang yang dimuliakan oleh masyarakat), maka dia sebarkan berbagai cerita dusta dan mengumpat orang yang didengkinya itu  agar namanya menjadi busuk di kalangan masyarakat.


(7) Bermain2 dan senda gurau

Menyebut kekurangan2 orang lain sebagai gurauan dan lawak jenaka.


(8) Untuk hinakan seseorang

Mencipta cerita dusta dan sebarkan di belakangnya untuk menghinakan seseorang yang dibencinya.



Bersambung siri  102    اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________                                                                                                                                            MAJLIS TAZKIRAH JILANI   

      

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...