Thursday, December 22, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 130)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.17  Dosa Besar ke-17:   Hasad ( حَسَد )

sambungan...


Dalil-dalil:


Firman Allah Ta'ala :

وَلَا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبُوا وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبْنَ وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

“Dan janganlah kamu dengki  terhadap apa yang diKurniakan oleh Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” 

[An-Nisaa (4) : Ayat 32]  


Firman Allah Ta'ala :

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

"Serta (berlindung dengan Allah) dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan kedengkiannya."

[Al-Falaq (113) : ayat 5]


Firman Allah Ta'ala :

وَدَّ ڪَثِيرٌ۬ مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ لَوۡ يَرُدُّونَكُم مِّنۢ بَعۡدِ إِيمَـٰنِكُمۡ كُفَّارًا حَسَدً۬ا مِّنۡ عِندِ أَنفُسِهِم

"Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ingin kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana kedengkian di dalam jiwa mereka."

[Al-Baqarah (2) : Ayat 109]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Janganlah kamu dengki-mendengki, janganlah kamu putus-memutus silaturrahim, janganlah kamu marah-memarahi, janganlah kamu belakang-membelakangi, sebaliknya jadilah kamu hamba2 Allah yang bersaudara.” 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Takutlah kamu pada sifat hasad ( dengki,  iri hati), sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan-kebaikanmu sebagaimana api memakan kayu bakar.” 

[Imam Abu Daud]


Rasulullah ﷺ  bersabda:

·"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara Iman dan hasad dengki." 

(Imam Baihaqi]


Rasulullah ﷺ  bersabda:

"Sesungguhnya akan menimpa Ummatku, penyakit ummat-ummat lain."  Lalu para sahabat bertanya: " "Apakah penyakit ummat-ummat lain itu."  Rasulullah  ﷺ bersabda : "Lupa nikmat, zalim ketika memperoleh nikmat, banyakkan harta, berlomba2 capai keduniaan, jauh menjauhkan dan dengki- mendengki sehingga melampaui batas. Kemudian terjadilah pembunuhan."

[Imam At-Thabrani]


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

"Dengki itu batasnya : Engkau benci kepada nikmat dan menyukai hilangnya nikmat pada orang yang menikmatinya"

[Ihya Ulumuddin]


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

"Al-Athar antara lain, kata sebahagian Ulama terdahulu" Awal kesalahan (kesalahan pertama ) adalah kedengkian Iblis (berserta Takabbur) kepada Nabi Adam Alaihis-Salam atas kedudukan beliau. Sehingga Iblis engkar kepada Perintah Allah agar dia sujud (tunduk penghormatan) kepada Nabi Adam.  Maka Iblis dibawa oleh kedengkian (dan berserta sifat Takabbur) kepada ma'siat."

[Ihya Ulumuddin]



Bersambung siri  131  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...