Thursday, December 22, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 129)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.17  Dosa Besar ke -17:   Hasad ( حَسَد )


Definisi :


Dari segi bahasa :  

Hasad  ( حَسَد  ) berasal dari kata ( حَسَدَ) , (  يَحْسُدُ   ) ,( حَسَدً  ) bermaksud :  dengki, iri hati, kebencian orang lain mendapat nikmat, kebencian terhadap kebahagiaan orang lain.


Dari segi istilah :

Hasad adalah membenci suatu Ni'mat Kurnia Ilahi yang ada pada orang lain serta mengharap Ni'mat tersebut lenyap atau dia inginkan Ni'mat tersebut berpindah kepada dirinya (diri orang yang berhasad).


Penjelasan:


(1) Hasad atau dengki bermaksud engkau tidak senang dengan suatu nikmat duniawi yang dimiliki orang Muslim lain seperti kenderaan atau rumah kediaman yang cantik atau gedung perniagaan yang besar,  barang kemas atau kedengkian terhadap kelebihan2 pada paras rupa, kemasyhuran dan lain2 sepertinya...dan engkau berharap nikmat tersebut hilang lenyap daripadanya, Atau engkau harap Ni'mat tersebut berpindah kepada engkau. 


(2) Ulama memberikan berbagai bentuk definisi berkenaan perkataan "Hasad", namun kesemuanya menggambarkan tiga keadaan berikut : 


Pertama : Benci kewujudan suatu ni'mat pada orang lain dan ingin agar ni'mat tersebut hilang lenyap daripada orang itu. 


Kedua :     Benci kewujudan suatu ni'mat pada orang lain dan ingin agar ni'mat tersebut berpindah kepada dirinya (diri orang yang berhasad).


Ketiga : Sangat gembira orang yang didengkinya itu mendapat musibah / kecelakaan. 


Keempat :   Kebencian mendorong orang yang berhasad itu melakukan serangan terhadap orang yang didengkinya dengan berbagai cara kasar (fizikal) atau halus. (sihir)


(3) Hasad berpunca dari cinta dunia, tamak haloba dan kemarahan meluap2 terhadap orang didengkinya.  Seterusnya ini mencetuskan berbagai penyakit hati yang lain seperti dendam kesumat, pendustaan dan menabur fitnah...  bahkan orang ini sanggup membunuh demi mencapai apa yang didengkinya. 


(4) Hasad sering menjadi asbab manusia enggan tunduk kepada peraturan dan undang2 Allah Ta'ala, bahkan menjadi asbab yang membawa kepada kefasikan, kezaliman dan kekafiran. Wal Iyazubillah. 


■  Iblis La'natullah (bangsa jinn)  hasad / dengki kepada Nabi Adam Alaihis Salam sehingga sanggup derhaka kepada Allah Ta'ala.  


■  Qabil hasad / dengki kepada saudaranya Habil sehingga sanggup membunuhnya. 


■ Kaum bangsawan dan pembesar Quraisy enggan menerima Rasulullah ﷺ sebagai Utusan Allah kerana hasad / dengki kepada Baginda.


■ Pendeta Yahudi dan Nasrani juga enggan menerima Rasulullah ﷺ kerana hasad kepada Baginda. Mereka menganggap diri mereka lebih layak menjadi Nabi kerana mereka memiliki pangkat dan kedudukan yang tinggi di mata manusia.


(5) Orang yang hasad melakukan sekurang2nya tiga dosa besar sekaligus :  

■  Pertama     :  Menentang Taqdir Ilahi

■ Kedua         :  Memusuhi Muslim lain semata2 kerana dunia

■ Ketiga         :  Kufur Ni'mat


(6) Kedengkian berlaku di semua peringkat masyarakat —  bermula dari kedengkian sesama adik beradik, ahli keluarga, di kalangan pelajar2, di kalangan peniaga sehingga kepada pentadbiran negara dan politik dunia.


(7) Sesungguhnya kebanyakan hasad / dengki / iri hati adalah dilarang keras kerana ia penentangan kepada Taqdir Ilahi, Kufur Ni'mat serta menjurus kepada permusuhan, perpecahan, kefasikan, kezaliman dan kekafiran. Namun terdapat satu bahagian kecil yang diharuskan "hasad" padanya. Walau bagaimanapun "hasad" ini BUKAN "hasad" hakiki tetapi disebut "hasad majazi" yang mana BUKANLAH hasad pada hakikatnya tetapi lebih tepat katakan sebagai "perlumbaan di dalam melakukan kebajikan".  (akan datang penjelasan lanjut)



Bersambung siri  130  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...