Thursday, December 22, 2022

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 128)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.17  Dosa Besar ke-16:   Hubbud-dunya (  حُبُّ الدُّنْيَا  ) — cinta dunia:

sambungan....


Rawatan dan Penjagaan:


Sesungguhnya penyakit "cinta dunia" merupakan sebahagian dari penyakit hati yang amat sukar dihilangkan disebabkan penyatuannya bersama kehidupan. Ia hanya dapat dihilangkan sebersih-bersihnya dengan menyucikan hati melalui didikan dan asuhan Guru yang Arif.  (Pewaris Nabi yang siddiq)


Cara2 berikut boleh dijadikan panduan bagi mengurangkan penyakit ini ke tahap minima. 


Pertama:

Tanamkan di dalam hati sungguh2 bahwa dunia hanya tempat singgahan sementara. Matlamat akhir adalah kembali ke kampung halaman yang Abadi di Sisi Allah. 


Rasulullah ﷺ  bersabda :

عَنْ ابْنِ عُمَرْ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ : أَخَذَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِمَنْكِبَيَّ فَقَالَ : كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ. وَكاَنَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُوْلُ : إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ. [رواه البخاري]

Dari Ibnu Umar Radhiallahu 'anhuma berkata:  "Rasulullah ﷺ memegang bahuku lalu bersabda: "Hiduplah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara", Ibnu Umar berkata: "Jika engkau berada di waktu petang jangan tunggu waktu pagi, dan jika engkau berada di waktu pagi, jangan tunggu waktu petang, gunakanlah kesihatanmu untuk (sebagai persiapan) masa sakit engkau dan kehidupan engkau (sebagai persiapan) untuk kematian engkau."

[Imam Bukhari]


Kedua :

Sentiasa Syukur dengan segala Kurniaan Allah sama ada sedikit atau banyak.  Cara Syukur segala Nimat Allah :


1. Memuji Allah dengan pujian yang banyak

2. Tunaikan sekalian perintah Allah yang wajib dan ditambah yang sunnat2

3. Gunakan sekalian Ni'mat pada Jalan Allah — sedekah fi sabilillah, bantu faqir miskin, masjid dll.


Firman Allah :


وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ 

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu Berfirman: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur engkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras."

[Ibrahim (14) : ayat 7]


Ketiga : 

Bagi menjauhkan sifat tamak, lazimkan memandang orang yang di bawahnya, iaitu orang yang kurang berada, faqir miskin, orang terlantar dsb. Ketika itu dia akan sedar Ni'mat yang Allah Kurniakan kepadanya jauh lebih banyak dari orang lain. 


Rasulullah ﷺ  bersabda :

"Dua perkara apabila dimiliki oleh seseorang,  dia dicatat oleh Allah sebagai orang yang bersyukur dan sabar. Dalam urusan agama (ilmu dan ibadah) dia melihat kepada yang lebih tinggi lalu meniru dan mencontohnya. Dalam urusan dunia dia melihat kepada yang lebih bawah, lalu bersyukur kepada Allah bahwa dia masih diberi kelebihan."

[Imam At-Tirmidzi].


Keempat:

Jika Allah Ta'ala Kurniakan kamu rezeki (dunia) yang banyak, jangan "kenyang" sendiri, sebaliknya bahagi-bahagikanlah sebahagian rezeki tersebut kepada hamba2 Allah yang lain — mulai dengan ibu bapa sendiri, kemudian adik beradik sendiri yang susah2, kemudian diikuti sanak saudara engkau yang terdekat, kemudian jiran2 yang kesempitan, kemudian diikuti faqir miskin yang hidup melarat serta umum kerja2 fi Sabilillah yang lain. Semua sedekah inilah yang menjadi pembela dan penebus di Yaumul Mahsyar.


Kelima:

Simpan pakaian dan keperluan harian lain secukupnya yang lazim dipakai / digunakan. Selebihnya sedekahlah kepada orang lain. Jangan simpan pakaian atau barang lain secara berlebihan kerana setiap yang berlebihan akan dihisab dengan hisab yang berat. 


Keenam:

Jangan sesekali terpesona atau tertawan dengan Ni'mat yang Allah berikan kepada golongan kafir, fasiq dan zalim kerana pemberian tersebut adalah Istidraj.   Wal 'Iyazubillah


Ketujuh :

Sentiasa ingat bahawa bekal dibawa mati adalah "Agama", "Iman" dan "Taqwa".....  dan BUKAN harta benda, pangkat, darjat dunia.  Oleh yang demikian sentiasa utamakan Akhirat di dalam seluruh kehidupan.  


Bersambung siri  129  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...