Thursday, December 22, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 127)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.17  Dosa Besar ke-16:   Hubbud-dunya (  حُبُّ الدُّنْيَا  ) — cinta dunia:

sambungan....


Keterangan kelima:  Kekayaan, Kekuasaan, Pangkat  BUKAN tanda Allah telah Redha dengannya:


Seringkali  manusia menyangka orang2 yang diberi Ni'mat kekayaan, pangkat dan kedudukan DUNIA sebagai tanda Allah Ta'ala telah redha kepada mereka!  Mereka berpendapat orang kaya lebih baik dari orang miskin dan orang berkuasa lebih baik dari orang yang tiada kuasa. Dengan pandangan ini mereka berusaha sungguh2 memiliki harta yang banyak, merebut2 kuasa, kedudukan dan pangkat.  Bagi mereka inilah kemuliaan.!    


Apakah benar demikian?


Seringkali juga manusia rasa rendah diri di hadapan orang2 yang kaya-raya, orang politik yang berkuasa, orang yang memiliki berbagai pangkat dan pingat2.  Mereka menyangka orang2 ini sebagai manusia pilihan Allah.  


Sejauh manakah kebenaran pegangan seperti ini?


Kebenarannya yang mutlaq adalah :

Allah Ta'ala TIDAK memandang mulia kepada manusia  kerana harta yang dimilikinya atau pangkatnya atau kedudukannya di mata dunia atau lain2nya daripada benda duniawi yang hina.  Manusia TIDAK menjadi mulia di Sisi Allah semata2 kerana dia Raja atau Sultan, Perdana Menteri atau apakah dia memiliki seluruh dunia sekalipun. Bahkan kenyataannya, banyak sekali orang2 yang berkuasa dan kaya-raya mati di dalam keadaan kafir yang sangat hina. Wal Iyazubillah.


Perhatikan sungguh2 keterangan berikut :


Pertama :

Kemuliaan manusia di Sisi Allah adalah kerana Taqwanya,  BUKAN kerana harta, kuasa, pangkat, kedudukan atau lain2nya. Manusia paling mulia di Sisi Allah adalah manusia yang paling tinggi Taqwanya.  Siapakah manusia2 yang mencapai Taqwa Paling tinggi ini?  Merekalah Rasul, Nabi, Auliya Allah dan Mu'min sejati.  Taqwa TIDAK akan dapat dicapai melainkan seseorang mujahadah sungguh2 di bawah pimpinan Guru yang Arif — Pewaris Nabi yang Muhaqqiq. 


Firman Allah :

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ

"..Sesungguhnya semulia-mulia (di antara) kamu semua disisi Allah ialah yang paling bertaqwa.."

[Al Hujurat (49) : ayat 13]


Kedua :

Dunia ini tiada nilai apa pun di Sisi Allah.

Oleh kerana dunia ini tiada nilai apa pun di Sisi Allah, maka sebab itu orang kafir suka ria dengan berbagai kenikmatan dunia.  


Rasulullah ﷺ  bersabda:

لَوْ كَانَت الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ الله جَنَاحَ بَعُوضَةٍ ، مَا سَقَى كَافِراً مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ

“Seandainya dunia ini mempunyai nilai di sisi Allah walau sebesar sebelah sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir seteguk airpun.” 

[Imam At-Tirmizi]


 Ketiga :

Orang yang hidup di dalam kekufuran dan kefasikan tetapi kaya-raya, berkuasa, berpangkat, mempunyai kedudukan tinggi pada mata masyarakat adalah  istidraj — iaitu orang yang dibiarkan oleh Allah di dalam sangkaan bahwa dirinya baik kerana kemewahan dan kesenangan yang dimilikinya sedang yang sebenarnya dia di dalam Kemurkaan Allah.  


Rasulullah   ﷺ  bersabda:


”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah di istidraj  oleh Allah Ta’ala.”

[Imam At-Thabrani, Imam Ahmad, Imam Al-Baihaqi)


Ringkasnya orang yang berkuasa...  Raja, Presiden, Perdana Menteri, Menteri2 yang merasa diri mereka dikasihi Allah kerana kekuasaan yang mereka miliki,   atau orang kaya-raya yang merasa aman dengan kekayaan yang mereka miliki dan menyangka mereka diRedhai Allah... atau ahli politik pada zaman ini yang berebut2 kuasa kerana menyangka dengan "kuasa politik" mereka mulia... maka semua lapisan golongan ini adalah manusia bodoh yang tertipu dengan angan2 dan tipu daya syaitan.                            Wal Iyazubillah... !


Bersambung siri  128  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

     

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...