Thursday, December 22, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 126)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.17  Dosa Besar ke -16:   Hubbud-dunya (  حُبُّ الدُّنْيَا  ) — cinta dunia:

sambungan....


Keterangan keempat: Perhiasan yang sederhana adalah harus:


Allah Ta'ala itu Maha Indah (sifat Jamal Allah). Allah Ta'ala menciptakan perhiasan dan hal yang indah2 agar manusia menjadi senang dan tenteram dengannya. Insan yang terbuka mata hatinya mampu menembusi jendela Keindahan Ilahi, menyaksikan keluasan Keindahan-Nya.


Firman Allah :

قُلۡ مَنۡ حَرَّمَ زِينَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِىٓ أَخۡرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّيِّبَـٰتِ مِنَ ٱلرِّزۡقِ‌ۚ قُلۡ هِىَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا خَالِصَةً۬ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ كَذَٲلِكَ نُفَصِّلُ ٱلۡأَيَـٰتِ لِقَوۡمٍ۬ يَعۡلَمُونَ

"Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan-Nya? Katakanlah: Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari Qiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui."

[Al-A'raf (7) : ayat 32]


Rasulullah ﷺ  bersabda :

إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ

"Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan menyukai keindahan"

[Imam Muslim]


Dengan demikian secara umumnya, perhiasan adalah diharuskan sama ada untuk diri sendiri atau rumah kediaman dll dengan syarat mematuhi hukum Syara' dan tidak melampau batas dan tidak berlebih2an sehingga masuk kepada pembaziran. Di antara perhiasan yang diharuskan:


Rumah Kediaman:

=============

Menghias rumah secara sederhana dengan lampu2 yang menyenangkan hati atau dengan hiasan bunga2 atau sebagainya tidak dilarang.  


Pakaian:

======

Di dalam hal berpakaian terdapat perbezaan ketara antara lelaki dan wanita. 

Bagi lelaki — Memakai pakaian2 yang kemas, bagus, berkualiti dan kelihatan indah — misalnya memakai jubah, gamis, kot, blazer  yang bagus tidak dilarang. Bahkan memakai pakaian yang sangat bagus ketika menunaikan solat atau ibadah2 lain adalah sunnat.   Rasulullah ﷺ sendiri memakai jubah dan serban yang kemas ketika menunaikan Solat kerana Solat itu adalah upacara Agung menghadap Tuhan Rabbul Jalil, Tuhan Alam Semesta Yang Maha Agung.


Bagi wanita — Memakai pakaian yang indah2 dan menarik hanya layak di hadapan suaminya atau mahramnya (yang haram dikahwininya) atau ketika menunaikan solat sendirian.  Diharamkan memakai pakaian indah dan menarik hati ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi.   Demikian lagi dilarang memperlihatkan perhiasan berupa rantai, gelang, subang dll kepada lelaki ajnabi.  


Kenderaan:

========

Menghiasi kenderaan dengan sederhana tanpa berlebihan adalah harus. Mengeluarkan belanja yang banyak semata2 untuk kelihatan hebat (bukan untuk kekuatan kenderaan), atau penambahan aksesori yang banyak adalah termasuk hiasan yang dilarang.  Misalnya seseorang menghiasi kenderaannya dengan berbagai aksesori bernilai puluhan ribu ringgit sekadar untuk bermegah2, maka ini termasuk pembaziran dan kufur Ni'mat. 


Mereka2 yang memiliki harta dan wang ringgit yang banyak perlu melihat sekeliling — lihatlah adik beradik  atau sanak saudara atau jiran2 yang kesusahan....  bantulah mereka.   Ini terlebih baik daripada menghabiskan wang yang banyak untuk perhiasan2 yang tidak perlu, apa lagi membazir. 


Bersambung siri  127  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

      

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...