Tuesday, December 20, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 120)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.17  Dosa Besar ke -16:   Hubbud-dunya (  حُبُّ الدُّنْيَا  ) — cinta dunia:

sambungan....


Contoh 9 : Menipu, khianat untuk merebut tanah dan harta:

Demi memenuhi dorongan nafsu cinta kepada dunia, ada golongan manusia sanggup menipu daya dan khianat kepada ahli keluarga sendiri atau teman kongsi perniagaan. Mereka ingin membolot segala harta kekayaan untuk diri mereka sendiri, sedangkan semua harta yang mereka ambil dengan paksaan / penipuan walaupun sejengkal tanah, maka dia akan menerima hukuman yang amat berat.  


Rasulullah ﷺ  bersabda:


"Siapa yang pernah berbuat aniaya sejengkal saja (dalam perkara tanah) maka nanti dia akan dibebani (dikalungkan pada lehernya) tanah dari tujuh petala bumi. 

[Imam Bukhari ]


Contoh 10: Kecintaan kepada dunia membawa permusuhan dan berbunuh2an:

Hal ini bukan perkara baru tetapi sudah diketahui umum.  Kecintaan manusia kepada dunia membawa kepada fitnah memfitnah, adu domba, khianat, mungkir janji, permusuhan, peperangan dan pembunuhan. Segolongan manusia "elit" yang berkuasa dan kaya-raya saling bermusuhan untuk merebut2 kekayaan dunia.  Jika boleh mereka ingin menguasai seluruh dunia dan menjadi Pemerintah dunia.  Inilah ketamakan manusia paling buruk yang timbul dari nafsu syaitan.   Ketamakan manusia tiada kesudahannya.


Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Andai anak Adam diberi emas satu lembah, ia ingin mendapat dua lembah. Tidak ada yang dapat membungkam mulutnya selain tanah, dan Allah mengabulkan taubat hamba-Nya yang bertaubat”. 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


Rumusan terhadap contoh2

Jika kamu mempunyai mata hati yang tajam, kamu akan melihat betapa besarnya kebinasaan akibat "cinta dunia".   Contoh2 di atas memberikan gambaran pengaruh " cinta dunia " kepada manusia sehingga penyakit ini bukan sahaja memudaratkan diri tetapi juga menimbulkan bencana besar kepada seluruh kemanusiaan.  Cinta kepada dunia dan perhiasaannya menjadi punca kejahatan —  busuk hati, tipu daya, dengki, tamak haloba, bakhil, adu domba, fitnah memfitnah, khianat, mungkir janji, permusuhan, kezaliman, pembunuhan, kefasikan dan kekafiran. Wal Iyazubillah....!   Ini yang dimaksudkan oleh Junjungan Nabi ﷺ.  


Rasulullah ﷺ  bersabda:

"Cinta kepada dunia itu pangkal setiap kejahatan“

[Imam Ahmad]


Bersambung siri  121  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...