Wednesday, December 21, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 121)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.17  Dosa Besar ke-16:   Hubbud-dunya (  حُبُّ الدُّنْيَا  ) — cinta dunia:

sambungan....


Tanda2 cinta dunia

Setiap orang yang "cinta dunia" akan memperlihatkan sifat tersebut di dalam perkataan dan perbuatannya.  Berikut adalah sebahagian dari tanda2 wujudnya sifat "cinta dunia " di dalam hati seseorang yang membawa kepada kebinasaan. Moga ambil i'tibar :


(1) Asyik dengan dunia dan lupakan Allah Ta'ala

Inilah permulaan kepada kebinasaan seseorang Muslim akibat "cinta dunia". Apabila cinta kepada dunia menguasai hati seseorang, maka dia akan lupakan Allah Ta'ala, lupa untuk berzikir kepada Allah, lupa kepada ibadah2 dan tidak mensyukuri Ni'mat2 Kurniaan-Nya.    Penumpuan yang berterusan kepada dunia akan menyebabkan hati terhijab dari Allah Ta'ala.  Jika dia tidak segera bertaubat, maka hijab hati akan makin tebal sehingga akhirnya menjadi keras dan mati.  Tiadalah manusia yang lebih rugi daripada manusia seperti ini.  Wal Iyazubillah.


Firman Allah :

 فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡقَـٰسِيَةِ قُلُوبُہُم مِّن ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ        


"Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada Zikrullah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata."

[Az-Zumar (39) : ayat 22]


(2) Utamakan tuntutan dunia

Kecintaan kepada dunia menyebabkan seseorang sentiasa mendahulukan tuntutan dunia.  Urusan agama dipandang sebagai sampingan sahaja atau sekadar memenuhi kebiasaan adat. 


(3) Tidak mempedulikan Agama

Pencinta dunia tidak memikirkan halal haram dan lebih gemar mengikut adat resam jahiliyah.   Bahkan dia memandang Agama itu menyusahkan hidupnya.  Wal 'Iyazubillah


(4) Terikut-ikut fahaman sesat

Pencinta2 dunia mudah terjatuh kepada fahaman2 sesat dan musyrik.


(5) Tamak harta dunia

Di antara tanda2 cinta dunia adalah bangkitnya sifat tamak kepada dunia. Meskipun harta kekayaan sudah melimpah2 namun dia tak pernah puas.  Jika memperoleh emas segunung, dia ingin lagi beberapa gunung emas lagi. Demikian dia akan terus menagih kekayaan yang lebih banyak dan lebih banyak sampailah masuk kubur. Wal Iyazubillah


(6) Tamak kuasa

Ahli politik dan orang2 berkecimpung di dalam pemerintahan negara menjadi "gila kuasa".  Jika mereka belum berkuasa, mereka akan menagih kuasa. Jika sudah ada kuasa, mereka ingin menambah kuasa lagi, kemudian bermati2an untuk menambah lagi dan menambah lagi sampailah saling berbunuhan untuk memperolehinya.


(7) Jual Agama kerana dunia

Orang alim, cerdik pandai Agama yang mempunyai kedudukan di dalam masyarakat sedia "menjual Agama" demi mencapai pangkat kedudukan di dunia.  Mereka sanggup berbohong, memutarbelitkan ayat Qur'an dan Hadith Rasulullah ﷺ dan mengeluarkan fatwa sesat menurut selera penguasa. Ini yang berlaku pada Ummat terdahulu.  Pendeta Bani Israel menyelewengkan ayat2 Allah demi dunia yang hina. Demikian lagi "ulama dunia" pada zaman Pemerintahan setelah tamatnya pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin. Kini, pada zakhir zaman.... tradisi "ulama2 dunia" yang menjual Agama bersambung lagi di dalam wajah yang berbeza.


(8) Sangat Bakhil

Cinta dunia akan menyebabkan seseorang itu menjadi bakhil, sangat berat untuk menghulurkan bantuan kepada faqir miskin atau orang yang memerlukan.


(9) Khianat

Khianati kawan, rakan sekerja, rakan kongsi dsb adalah asam garam pencinta dunia. Jika pencinta dunia ini diberi kuasa memerintah, mereka khianati Amanah Allah. 


(10) Mungkir janji

Mereka menaburkan janji2 manis kemudian engkarinya.


(11) Sombong / bermegah2 dengan dunia

Di antara tanda2 "cinta dunia" adalah bermegah2 dengan kekayaannya serta meremehkan orang miskin atau kurang berada. Memandang orang miskin dengan pandangan sinis.



Bersambung siri  122  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...