Wednesday, December 21, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 122)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.17  Dosa Besar ke-16:   Hubbud-dunya (  حُبُّ الدُّنْيَا  ) — cinta dunia:

sambungan....


(12) Habiskan masa dengan berpoya2

Orang yang cintakan dunia tenggelam di dalam kenikmatannya dan lupa kepada Akhirat.  Mereka habiskan wang dan harta semata2 untuk berpoya2, setengahnya dengan minuman keras dan makanan2 haram. Wal Iyazubillah.


(13) Menilai untung rugi berdasarkan penilaian dunia

Orang yang cinta dunia menilai setiap suatu hal dengan pandangan dunia. Jika pada pandangan dunia ianya baik maka disanjung dan dipuja. Jika sesuatu perkara tidak membawa keuntungan dunia, maka dia menilainya buruk.  


(14) Benci kepada nasihat Agama / benci kebenaran

Pencinta dunia tidak senang dengan nasihat2 Agama. Mereka benci dengan kebenaran kerana diri mereka bergelumang di dalam kegelapan.  Jika dia orang yang berkuasa, maka dia akan gunakan segala kuasa untuk menghalang kebenaran Agama. Penyampai kebenaran akan dituduh dan diugut dengan berbagai akta dan undang2 jahiliyah.


(15) Engkar jihad fi sabilillah

Orang yang cinta dunia enggan berjihad fi sabilillah ; sama ada jihad di medan perang atau jihad harta benda kerana tersangat cintakan dunia dan takut mati.


Firman Allah :

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُڪُمۡ وَإِخۡوَٲنُكُمۡ وَأَزۡوَٲجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٲلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَـٰرَةٌ۬ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَـٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡڪُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ۬ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِىَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَـٰسِقِينَ

'Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab siksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)"

[At-Taubah (9) : ayat 24]


Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Hampir2 saja bangsa2 (kaum kafir dan sesat) mengerumuni kamu (orang beriman) seperti halnya orang-orang yang mengerumuni hidangan. Seseorang berkata; Apakah kerana sedikitnya kami waktu itu? Baginda bersabda; Bahkan kamu pada waktu itu ramai sekali, tetapi kamu seperti buih di atas lautan. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kamu serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit al-wahn. Seseorang bertanya; Apakah wahn itu? Baginda menjawab; Cinta dunia dan takut mati.” 

[Imam Abi Dawud]


Demikianlah sebahagian daripada tanda2 yang wujud pada orang2 yang cinta dunia. Perhatikan baik2 : Kehidupan orang2 yang cinta dunia tidak berubah daripada kehidupan orang fasiq dan munafiq. Wal Iyazubillah. Itulah sebabnya Allah dan Rasul-Nya berikan amaran berulangkali kepada orang Islam agar mereka tidak tewas kepada segala perhiasan dunia yang membawa kebinasaan....! 


Jika ada yang bertanya adakah menjadi kesalahan mutlaq jika menikmati keindahan dunia dan adakah menjadi kesalahan mutlaq menjadi kaya-raya?   Jawapannya :  Tidak.  Agama tidak melarang secara mutlaq seseorang menjadi kaya atau memiliki gedung2 perniagaan yang besar atau menikmati sebahagian dari keindahan2 dunia. Tetapi maksud "cinta dunia" adalah terlalu kasih kepada dunia sehingga lupakan Allah, engkari Ni'mat2 Allah, tenggelam di dalam kemewahan dunia dan engkari hukum-hakam Agama di dalam kehidupan sebagaimana telah dihuraikan sebelum ini. 


Ikuti penjelasan lanjut.


Bersambung siri  123  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...