Tuesday, December 20, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 119)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.17  Dosa Besar ke -16:   Hubbud-dunya (  حُبُّ الدُّنْيَا  ) — cinta dunia:

sambungan....


Contoh 6:  Kejar dunia tinggal solat

Tidak kurang orang Islam meninggalkan fardhu solat 5 waktu dengan alasan kerja, atau kerana alasan tugas, atau atas alasan menjaga keselamatan atau lain2nya sedangkan waktu untuk menunaikan Solat hanya 10 minit.  Setengah daripada golongan seperti ini menyangka "masa muda" adalah masa untuk mencari kekayaan sebanyak2nya dan mereka akan tunaikan solat apabila sudah pencen atau apabila sudah masa lapang atau ketika usia sudah lanjut...  semua sangkaan2 ini hanyalah bisikan Syaitan yang memperdaya untuk menjahanamkan mereka sedang mereka tidak menyedarinya. 


Firman Allah :

مَا سَلَڪَكُمۡ فِى سَقَرَ (٤٢) قَالُواْ لَمۡ نَكُ مِنَ ٱلۡمُصَلِّينَ 

"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Saqar  (neraka Saqar)?   Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mendirikan solat" 

[Al-Muddathir (74) : ayat 42]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Batas pemisah di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat”

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]


Contoh 7:  Cinta dunia enggan bayar zakat

Ini penyakit orang berharta yang cintakan dunia. Mereka tersangat cinta kepada harta kekayaan dunia sehingga tidak mempedulikan kewajipan zakat sedangkan zakat hanyalah 2.5 % daripada harta yang dimilikinya.  Misalnya dia memiliki harta bernilai RM 100,000, bayaran zakat hanya RM 2,500.  Meskipun masih banyak lagi tersisa namun mereka rasa berat untuk mengeluarkannya.  


Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Sesiapa yang dikurniakan oleh Allah harta dan tidak mengeluarkan zakatnya, maka hartanya pada hari Qiamat dijadikan seekor ular yang mempunyai dua taring, dan kepala yang tidak berbulu kerana terlalu banyak bisanya. Ia akan membelit dan menggigitnya dengan kedua-dua rahangnya sambil berkata: Akulah hartamu! Akulah simpananmu.”

[Imam Bukhari ]


Contoh 8 :  Bakhil — enggan belanja harta pada fi sabilillah

Setengah hartawan sanggup bermewah2 dan bermegah dengan hartanya namun sangat bakhil untuk membelanjakan sebahagiannya kepada fi sabilillah dan faqir miskin. 


Firman Allah :

وَلاَ يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَآءَاتَاهُمُ اللهُ مِن فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَّهُمْ بَلْ هُوَ شَرُّ لَّهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَللهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرُُ

“Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan di lehernya kelak pada hari Qiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan” 

[Ali Imran (3) : Ayat 180].



Bersambung siri  120  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

      

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...