Tuesday, December 20, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 118)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.17  Dosa Besar ke -16:   Hubbud-dunya (  حُبُّ الدُّنْيَا  ) — cinta dunia:

sambungan....


Contoh 4 : Kisah pemerintah2 cinta dunia dan lupakan Allah


Setelah kewafatan Sayyidina Ali Radhiallahu anhu, pemerintah2 Islam sesudahnya tenggelam di dalam kelazatan dunia. Mereka habiskan masa dengan berpoya2 dengan minuman keras, muzik dan wanita.  Mereka lalai dan leka dengan berbagai kemewahan yang melimpah2.  Mereka lupa kepada Allah dan asyik dengan dunia. Bahkan tidak kurang dari penguasa2 ini menjadi fasiq, zalim dan sesat.  Mereka kekalkan kuasa dengan bantuan Ulama2 as-su yang memberi fatwa sesat dan menyesatkan.  Mereka tidak menerima nasihat dan tunjuk ajar Ulama Pewaris Nabi yang haq. 


Tentera monggol menyerang Baghdad pada 656H, dan hancurkannya dalam masa beberapa hari sahaja.  Khalifah dan hulubalangnya dibunuh. Kitab2 Ulama yang amat bernilai dibakar dan dibuang ke Sungai Tigris sehingga airnya menjadi hitam dari dakwat kitab.  Sebuah kerajaan Agung yang dimegah2kan musnah dalam sekelip mata akibat kelalaian dan tenggelam di dalam keasyikan dunia. 


I'tibar  :  Apabila orang2 Islam asyik dengan kelazatan dunia, berpoya2 dengan berbagai kenikmatan dunia, sibuk mengumpul2 kekayaan dunia, lupa kepada Allah, lupa perintah Allah, abaikan hukum- hakam Allah sehingga menjadi fasiq dan zalim, maka tiada lagi kekuatan di dalam diri.  Apabila cahaya Iman telah padam atau malap, maka orang kafir melihat mereka bagaikan debu yang dipijak2. Wal Iyazubillah.


Contoh 5: Kisah Bal'am Ba'urah yang menjual Agamanya


Inilah kisah Bal'am Baurah, seorang alim (pandai di dalam ilmu syariat) dan abid (orang yang rajin ibadah) di kalangan Bani Israel yang maqbul doanya.  Namun dia salahgunakan ilmunya. Bal'am Ba'urah bersekutu dengan Penguasa negerinya untuk menentang Nabi Musa Alaihis Salam. Dia rela menggadaikan Agamanya demi dunia yang hina. Maka Allah Ta'ala melaknat orang alim seperti ini dan menggelarnya dengan panggilan "anjing yang menjelir lidahnya".    


Firman Allah :

وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَـٰهُ بِہَا وَلَـٰكِنَّهُ ۥۤ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ‌ۚ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ ٱلۡڪَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُڪۡهُ يَلۡهَث‌ۚ ذَّٲلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا‌ۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (١٧٦) سَآءَ مَثَلاً ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَأَنفُسَہُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri."

[Al-A'raf (7) : ayat 176-177]


I'tibar : Orang alim, kiyai, ustaz, cerdik pandai Agama, khusunya Mufti, Qadhi, Hakim — yang menjual Agama demi dunia, pangkat kedudukan dan jawatan, membuat fatwa menurut kehendak nafsu pemerintah,  adalah mereka itu manusia2 yang menerima La'nat Allah.  Wal Iyazubillah.



Bersambung siri  119  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

       

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...