Tuesday, December 20, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 117)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.17  Dosa Besar ke-16:   Hubbud-dunya (  حُبُّ الدُّنْيَا  ) — cinta dunia:

sambungan....


Contoh 2: Kisah Namrud


Alla Ta'ala Kurniakan kepandaian, kepintaran dan berbagai kelebihan dunia kepada Namrud, bahkan menjadikannya Raja yang sangat berkuasa di Negeri Babylon (negeri Iraq sekarang).  Namun dia tidak bersyukur sebaliknya menjadi kafir. Kekayaan harta benda dan duniawi yang melimpah2 bukan sahaja menjadikan dia kafir bahkan lebih jahat lagi dia mengaku dirinya Tuhan.  Namrud memaksa rakyatnya agar menyembahnya sebagai Tuhan.  


Kesudahan kisahnya... Allah Ta'ala binasakan Namrud dengan mengirimkan seekor nyamuk ke dalam otaknya.  Namrud menggelupur kesakitan setiap kali nyamuk tersebut menggigit otaknya.  Setiap kali Namrud menggelupur kesakitan, kepalanya terpaksa dipukul dengan sepatu (kasut) untuk meredakannya sebentar.  Kemudian berulang lagi kesakitan dan dipukul lagi kepalanya dengan kasut. Demikian keadaannya sampai dia mati di dalam keadaan sangat hina.  


I'tibar :  Kepandaian duniawi, kepintaran, kecekapan aqal fikiran dan intelek yang tinggi menjadikan manusia merasa dirinya hebat dan lupa kepada Tuhan Rabbul Jalil Yang Mengurniakannya.  Kerajaan besar, negeri yang kaya-raya... menjadikan manusia menjadi sombong takabbur... lupa kepada Allah Ta'ala... maka matilah manusia di dalam kehinaan. Wal Iyazubillah.


Contoh 3 : Kisah Fir'aun


Kisah Fir'aun sudah masyhur serata dunia.  Allah Ta'ala berikan dia kerajaan yang besar dan kekayaan yang banyak, namun dia tidak bersyukur, sebaliknya mencabar Allah Ta'ala.  Fir'aun mengaku dirinya Tuhan yang tinggi dan memerintah manusia agar menyembahnya.   Kesudahannya dia dimatikan di dalam keadaan hina di Laut Merah.  Ketika air laut sudah sampai ke paras hidung,  dia menjerit meminta pertolongan,  Waktu itu baru dia insaf dan menjerit :     


"aku beriman kepada Tuhan Musa"....!!!    


Namun sudah terlambat kerana apabila nyawa sudah sampai halqum, maka Taubat tidak diterima lagi. Maka matilah Raja angkuh yang mengaku dirinya Tuhan itu di dalam penuh kehinaan.  Kerajaan yang besar dan megah, menteri2nya yang ramai, hulubalangnya yang kuat tidak mampu memberi manfaat sedikit pun kepada Fir'aun.


Firman Allah :

فَٱنتَقَمۡنَا مِنۡہُمۡ فَأَغۡرَقۡنَـٰهُمۡ فِى ٱلۡيَمِّ بِأَنَّہُمۡ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَڪَانُواْ عَنۡہَا غَـٰفِلِينَ 

Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka (Fri'aun dan pengikutnya) di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya:

[Al-A'raf (7) : ayat 136]


Di dalam kisah2 ini tersimpan peringatan dan amaran keras.... bukan sahaja kepada kaum Namrud dan Fir'aun tetapi kepada sekalian Pemerintah / Raja / Sultan / Amir / Khalifah  / Perdana Menteri /  Menteri2 besar atau siapa saja orang yang berkuasa memerintah ...yang datang sesudahnya, agar jangan sesekali sombong dengan Kuasa yang ada pada kamu, jangan besar diri dengan segala Kurnia Allah Ta'ala ada kamu, Jangan jadi orang zalim dan kufur kerana akibatnya sama seperti Namrud dan Penguasa lain yang telah menerima kebinasaan...!  Wal Iyazubillah 


I'tibar:    Sesungguhnya Dunia, harta kekayaan, pangkat, kedudukan dan Kuasa... membutakan mata hati,  menjadikan manusia lupa diri, menjadi sombong,  bongkak, zalim, fasiq dan kafir. Wal Iyazubillah. 



Bersambung siri  118  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

       

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...