Tuesday, December 20, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 116)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.17  Dosa Besar ke-16:   Hubbud-dunya (  حُبُّ الدُّنْيَا  ) — cinta dunia:

sambungan....


Contoh2 kebinasaan manusia akibat cinta dunia:


Sebagaimana kami menyebut pada awal bicara tajuk ini, cinta kepada dunia —  Hubbud-dunya (    حُبُّ الدُّنْيَا   ),  bererti mencintai "Dunia" yang membawa kebinasaan kepada Iman, jauh dari Keredhaan Allah, membawa manusia kepada kesesatan, kefasikan dan kekafiran. Wal Iyazubillah.


Umumnya dunia dan seisinya menjadi perhiasan, keasyikan, kelazatan nafsu, bermegah2 dengan kelebihan dunia, bermegah2 dengan darjat, pangkat,  kedudukan dan bermegah2 dengan kekuasaan atas muka bumi.  Keseluruhan dunia itu menjadi dugaan, ujian, cobaan bagi manusia sejagat (khususnya bagi orang beriman), maka sejauh mana mereka memilih keseronokan dan kelazatan dunia berbanding dengan keimanan dan Akhirat, maka sejauh itulah jatuhnya mereka ke lembah kebinasaan. 


Sepanjang sejarah manusia, banyak sekali manusia tewas kepada perhiasan, keasyikan dan kelazatan dunia serta membelakangkan Tauhid kepada Allah Ta'ala. Mereka utamakan kehidupan dunia berbanding dengan janji2 Allah di Akhirat. Mereka memilih kefasikan dan kekafiran berbanding dengan Keimanan. 


Berikut adalah beberapa contoh "cinta dunia" dan "kemegahan dunia" yang berlaku pada zaman dahulu yang berakhir dengan kebinasaan.  


Contoh 1 :  Kisah kaum 'Ad

Ini adalah kisah kaum 'Aad yang leka, lalai, tenggelam di dalam kemewahan dan kekayaan dunia serta lupa kepada Allah., bermegah2 dengan pembangunan negara yang serba maju, megah dengan kekuatan dan kekuasaan....  akhirnya menerima kebinasaan akibat kekafiran mereka. Wal Iyazubillah.


Kaum 'Ad adalah generasi keempat keturunan Nabi Nuh Alaihis Salam. Mereka tinggal di Jazirah 'Arab di bahagian utara Hadramaut, Yemen.  Allah Ta'ala Mengurniakan kekayaan dan kemewahan melimpah ruah kepada kaum 'Ad.  Mereka hidup senang lenang dan makin lupa kepada Allah Ta'ala. Segala Ni'mat dunia berupa bangunan2 mewah, makanan yang mewah2, kebun2 subur yang terbentang luas menjadikan mereka kufur.  Ketika Nabi Hud diutus oleh Allah untuk memperingatkan mereka, hanya sedikit yang beriman kepada Baginda.  Kebanyakannya menentang. Akibatnya Allah Ta'ala menurunkan 'Azab yang berat angin kencang yang amat sejuk melanda kaum 'Ad sehingga mereka mati bagaikan kayu yang reput.


Firman Allah :

وَأَمَّا عَادٌ۬ فَأُهۡلِڪُواْ بِرِيحٍ۬ صَرۡصَرٍ عَاتِيَةٍ۬ (٦) سَخَّرَهَا عَلَيۡہِمۡ سَبۡعَ لَيَالٍ۬ وَثَمَـٰنِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومً۬ا فَتَرَى ٱلۡقَوۡمَ فِيہَا صَرۡعَىٰ كَأَنَّہُمۡ أَعۡجَازُ نَخۡلٍ خَاوِيَةٍ۬ (٧) فَهَلۡ تَرَىٰ لَهُم مِّنۢ بَاقِيَةٍ۬

"Adapun 'Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya. Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompong. Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)? 

[Al-Haqqah (69) : ayat 6-8 ]


I'tibar : Akibat cintakan dunia dan lupakan Akhirat, akibat tenggelam di dalam kenikmatan dunia dan lupakan Yang Empunya Kurnia, akibat bermegah2 dengan kelebihan dunia dan lupakan Allah Yang Maha Pemurah .... maka dibinasakan semuanya di dalam sekelip mata. Wal Iyazubillah.



Bersambung siri  117  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

      

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...