Tuesday, December 20, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 115)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.17  Dosa Besar ke-16:   Hubbud-dunya (  حُبُّ الدُّنْيَا  ) — cinta dunia:

sambungan....


Fatwa / kata2 Hikmah Ulama Warisatul Anbiya' berkenaan kebinasaan cinta dunia


Berkata Sayyidina Ali Radhiallahu anhu:

"Tidaklah satu kaum meninggalkan suatu dari Agama kerana mengharapkan kelebihan dunia, melainkan Allah Ta'ala akan dedahkan mereka kepada bencana dan kejahatan yang lebih buruk"

[Zuhd Ar-Raqaiq]


Berkata Sayyidina Ibn Abbas Radhiallahu anhu:

"Ini (permainan dan senda gurau dunia yang menghinakan) adalah kehidupan orang kafir, kerana mereka membawa dunia ke dalam ketertipuan dan kebatilan.  Adapun kehidupan seorang Mukmin, kehidupannya mencakup amal-amal soleh, sehingga (dunianya)  tidak menjadi permainan dan senda gurau semata2."

[Tafsir Al-Qurtubi]


Berkata Imam Hasan Al-Basri Radhiallahu anhu:

"Barangsiapa berlomba2 dengan engkau pada Agama engkau, maka berlomba2lah dengan dia. Dan barangsiapa berlomba2 dengan engkau pada dunia engkau, maka lemparkan dunia itu pada lehernya."

[Ihya Ulumuddin]


Berkata Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Jika engkau melihat dunia (perhiasannya), palingkanlah pandanganmu dari keindahannya. Tutuplah hidungmu dari semerbak syahwat dan kelazatannya, agar engkau selamat dari malapetaka yang akan ditimpakannya. Dengan demikian engkau akan dapat bahagian duniamu tanpa membuatmu terpedaya"

[Adab As-Suluuk]


Berkata Lukman Al-Hakim Radhiallahu anhu:

"Hai anakku!  Sesungguhnya dunia itu laut yang dalam. Telah karam di dalamnya banyak manusia. Maka hendaklah perahu engkau pada dunia itu Taqwa kepada Allah.   Isinya Iman kepada Allah. Dan layarnya Tawakkal kepada Allah Azza Wa Jalla."

[Ihya Ulumuddin]


Yahya bin Mu'az Radhiallahu anhu berkata:

"Orang beraqal itu tiga :  Orang yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkannya. orang yang membuat perkuburan sebelum memasukinya dan orang yang mencari Keredhaan Khaliqnya sebelum dia bertemu dengan-Nya."

[Ihya Ulumuddin]


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

"Ayat-ayat Al-Qur'an berkenaan tercelanya dunia dan contoh2nya amat banyak. Kebanyakan isi Al-Qur'an melengkapi kepada tercelanya dunia, memerintah supaya berpaling dari dunia dan menyeru kepada (mempersiapkan diri untuk) Akhirat. Bahkan itulah matlamat diutuskan sekalian Anbiya'"

[Ihya Ulumuddin — Kitab tercelanya dunia]


Berkata Imam Al-Haddad Radhiallahu anhu:

"Barangsiapa terlampau menumpukan perhatian kepada pangkat dan menuntut kedudukan, serta mengharapkan kemuliaan dan ketinggian di hati orang ramai, maka sebenarnya dia telah mendedahkan dirinya kepada bahaya dan bencana, seperti takabbur dan riya'"

[An-Nasihah Ad-diniyyah]


Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu:

"wahai anakku, haqiqat dunia ini tempat dukacita seperti dukacita orang yang dikurung di dalam penjara. (kerana hakikatnya dunia ini penjara bagi mukmin dan syurga bagi orang kafir)."

[Risalah Ma'rifat]


Bersambung siri  116  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...