Wednesday, November 09, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 69)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.11  Dosa Besar ke-10:  Berdusta Atas Nama Allah dan Rasul

sambungan....


Penjagaan dan Rawatan:


(1) Dosa berdusta atas Nama Allah dan Rasul ini secara umumnya terjadi kepada golongan terpelajar, cerdik pandai Agama, atau mereka yang memegang jabatan2 Agama berserta pengikut2 mereka.  Mereka menyangka mereka sudah layak mentafsir Al-Qur'an,  menentukan Hadith2 palsu serta keluarkan fatwa2 sedangkan kelayakan tersebut adalah hak Mutlaq seorang Mujtahid. Maka golongan cerdik pandai Agama ini wajib waspada, jangan terperangkap dengan tipu daya Iblis.


(2) Orang2 awam jangan terus sebarkan apa2 yang didengar berhubung dengan "Hadith Palsu"  atau berkenaan dengan "tafsiran ayat2 Suci Al-Qur'an sebelum pasti ianya benar. Dosa penyebaran kenyataan2 palsu adalah sama seperti menciptanya. 


(3) Jika seseorang berhajat menulis berkenaan Hadith, atau tafsir Al-Qur'an... pastikan ianya diambil dari sumber yang diyakini sebagai Ahlus Sunnah yang benar. Jangan sebarkan semata2 kerana ingin dikenali atau inginkan pahala.  Segala ganjaran yang diharapkan akan musnah, bahkan berubah menjadi kebinasaan sekiranya ia berasal daripada Golongan yang menyalahi Ahlus Sunnah seperti Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafidhi), Sekular (liberal) dll.


(4) Belajar matikan ego dan takabbur dengan banyakkan Zikrullah dan Solawat atas Baginda Nabi ﷺ.  Rasa banyak ilmu, besar diri, rasa hebat dll seperti inilah yang merosakkan seorang yang " alim kitab."    Jika orang2 alim ini mendapat bimbingan seorang Mursyid yang siddiq, maka ini terlebih baik bagi menghapuskan segala kekejian hati dan Takabbur.


(5)  Jika ada yang bertanya status sesebuah Hadith, maka diamlah. Ini yang selamat kerana kalian belum ada ilmu yang cukup untuk bezakan kebenaran dan kebatilan. 


Wallahu A'lam



Bersambung siri  70  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...