Wednesday, November 09, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 68)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.11  Dosa Besar ke -10:  Berdusta Atas Nama Allah dan Rasul

sambungan....


Tiga Pengertian Dusta Atas Nama Allah dan Rasul:


Ramai orang menyangka Pendustaan atas nama Allah dan Rasul itu satu macam sahaja iaitu reka cipta Ayat atau Hadith Palsu.  Ini sangkaan yang salah.  Bahkan di sana terdapat bentuk2 lain yang juga termasuk dalam rangkaian "berdusta atas nama Allah dan Rasul-Nya".  Yang benar adalah : Segala bentuk penyelewengan, pengubahan, penambahan, pengurangan dan termasuk tafsiran batil terhadap Al-Qur'an dan Hadith Junjungan Rasulullah ﷺ adalah termasuk dalam pengertian " Berdusta atas Nama Allah dan Rasul". 


Pertama :  Sengaja mencipta Ayat atau Hadith palsu: 

Pada zaman ini terdapat satu golongan "Ulama" sengaja mencipta Hadith palsu untuk mempertahankan pendapat mereka yang batil.  Atau mereka menciptanya untuk memenuhi kehendak Penguasa. Golongan seperti ini diancam dengan Neraka Jahannam sepertimana diSabdakan oleh Nabi ﷺ :


Rasulullah  bersabda :

مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

 “Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam Neraka”. 

[Imam Bukhari, Muslim]


Kedua :  Menuduh suatu ayat Qur'an atau Hadith Rasulullah ﷺ sebagai palsu:

Golongan cerdik pandai Agama yang sewenang2 menuduh suatu Hadith Nabi sebagai palsu semata2 kerana mempertahankan kelompok mereka.   Mereka ini BUKAN Ulama Mujtahid tetapi dengan beraninya menghukum suatu Hadith sebagai palsu semata2 atas kajian sendiri. Mereka dan kelompok mereka binasakan diri sendiri.


Firman Allah :

وَيَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ تَرَى ٱلَّذِينَ كَذَبُواْ عَلَى ٱللَّهِ وُجُوهُهُم مُّسۡوَدَّةٌ‌ۚ أَلَيۡسَ فِى جَهَنَّمَ مَثۡوً۬ى لِّلۡمُتَكَبِّرِينَ

"Dan pada hari Qiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah, muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam Neraka Jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takabbur?"

[Az-Zumar (39) : Ayat 60]


Rasulullah ﷺ bersabda :

Takutlah kalian berbicara tentang sesuatu yang berasal dariku melainkan pada apa yang telah kalian ketahui. Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyimpan tempat duduknya di dalam Neraka,"

[Imam Ahmad, Tirmizi, Nasai]


Ketiga  :  Mentafsirkan Ayat Qur'an atau Hadith dengan pendapat aqal sempit: 

Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah ﷺ adalah dua Sumber Agung yang menjadi panduan ummat Islam. Ia adalah Gedung Ilmu Allah yang Teragung.  Al-Qur'an  adalah Wahyu Allah, Kalamullah, BUKAN buku cerita yang dibuat main2.  Hadith Rasul juga merupakan bayangan dari Wahyu Ilahi.  Dengan demikian orang yang benar2 layak mentafsirkan segala rahsia yang tersimpan di dalam kedua2 Sumber Agung ini hanya mereka yang diberi Ilmu oleh Allah, iaitu Ulama yang telah mencapai taraf Mujtahid.  


Dengan demikian orang yang belum mencapai taraf Mujtahid diharamkan mentafsir sendiri Ayat Qur'an atau Hadith. Sesiapa mentafsirkan Ayat Qur'an atau Hadith mengikut pendapat sendiri sedangkan dia TIDAK ada kelayakan sebagai  Mujtahid, maka dia telah berdusta atas nama Allah dan Rasul-Nya.  La'nat Allah atasnya sampai Qiamat. Wal Iyazubillah.


Rasulullah ﷺ bersabda :

"Barang siapa berkata-kata tentang Al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya di Neraka"

[Imam Tirmidzi]


Rasulullah ﷺ bersabda :


Dan barang siapa yang menafsirkan Al-Qur'an dengan aqal fikirannya, maka hendaklah ia menyiapkan tempat duduknya di dalam Neraka" 

[Imam Ahmad, Imam Nasai]


Rasulullah ﷺ bersabda :

 “Barangsiapa menghuraikan Al Qur’an dengan aqal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”. 

[Imam Ahmad]


Dari penjelasan di atas fahamilah, berdusta atas Nama Allah dan Rasul bukan hanya reka-reka Hadith Palsu tetapi juga mentafsir Ayat Qur'an dengan pemikiran sendiri.  Dan lagi mendustakan suatu Hadith Nabi sebagai palsu tanpa pengetahuan yang mendalam.  


Apakah maksud pengetahuan yang mendalam?

Pengetahuan yang mendalam adalah bermaksud "Ilmu Mukasyafah" yang diilhamkan oleh Allah ke dalam batin  seseorang yang sudah mencapai Maqam Mukasyafah Zat.  Inilah rahsia istimewa seseorang Ulama bertaraf Mujtahid yang benar, iaitu Mujtahid yang benar2 menepati syarat2 Mujtahid Ahlus Sunnah.  Mereka bukan saja mahir dalam segala macam Ilmu syari'at tetapi 'Arif mengenal Allah mencapai Ma'rifat yang  tahqiq.  Mereka sentiasa di dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya.  Hanya Mujtahid yang benar sahaja layak menentukan kebenaran suatu Hadith.

 

Ini bermakna seseorang yang belum memiliki syarat2 lengkap sebagai Mujtahid (syarat zahir dan syarat batin), maka  JANGAN sesekali berani mengatakan Hadith ini palsu, Hadith itu palsu dan JANGAN sesekali berani tafsirkan Ayat Qur'an atau Hadith Nabi ﷺ.


Bersambung siri  69  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

       

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...