Wednesday, November 09, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 70)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.12  Dosa Besar ke-11:  Jahat sangka kepada orang lain


Definisi :  

Maksud Su-uzzon (jahat sangka) adalah pertuduhan di dalam hati akan wujudnya kejahatan pada diri orang lain atas andaian semata2 atau penglihatan atau pendengaran sendiri yang  dipenuhi kesamaran atau semata2 kerana suatu khabar dari orang lain yang belum pasti akan kebenarannya.


Penjelasan :

1. Apabila seseorang menyangka Muslim lain sebagai jahat atau keji semata2 atas andaian sendiri,  maka sesungguhnya dia telah berbuat dosa besar. Atau dia mendengar suatu khabar dari orang lain mengenai keburukan seseorang lalu terus percaya tanpa sebarang alasan kukuh,  maka ini juga termasuk dalam jahat sangka yang membawa dosa besar.


2. Seseorang yang disangka sebagai jahat belum tentu jahat kerana terbitnya "sangkaan" itu sendiri adalah khayalan dusta daripada berita dusta yang tersebar di kalangan masyarakat.


3. Jika benar wujud suatu sifat buruk sekalipun pada diri seseorang yang disangka jahat, hendaklah menutup 'aibnya, jangan dihebohkan kecuali kejahatannya melarat kepada orang lain, misalnya dia pemabuk arak atau kaki judi atau kaki pukul orang, maka dalam hal ini harus didedahkan dengan tujuan penjagaan, BUKAN bertujuan menghina orang tersebut. 


Setiap penglihatan sendiri yang kabur atau khabar yang diterima daripada kawan, adik beradik, suami, isteri sekalipun WAJIB dikaji akan kebenarannya dan diteliti sehalus2 pada pertimbangan hukum Syara' sebelum mengambi ketetapan sikap dan pendirian berkenaan berita tersebut.


Sekalian hal ini adalah termasuk kesamaran yang menyebabkan seseorang jatuh kepada dosa besar tanpa disedari.  


Firman Allah :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ مٌ۬

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan  kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, ...."

[Al-Hujurat (49) : ayat 12]


Firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” 

[Al Hujurat (49): ayat  6]


Rasulullah ﷺ bersabda :

 إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ إحْوَانًا

 “Berhati-hatilah kamu dari jahat sangka, kerana jahat sangka adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari  keburukan orang lain, saling mengintai, saling berdengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” 

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

"Cukuplah seorang dikira sebagai penipu apabila dia menceritakan setiap perkara yang didengarinya." 

[ Imam Muslim]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

 "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (jahat sangka, reka cerita, fitnah adu domba), akan dilempar ke Neraka sejauh antara timur dan barat."

[Imam Muslim]


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

"Ketahuilah bahawa jahat sangka itu haram, seperti jahatnya perkataan. Maka sebagaimana diharamkan kepada engkau mengata orang lain dengan lidah engkau, dengan menyebut keburukan2 orang lain, maka demikian juga tidak diperbolehkan juga membicarakan keburukannya kepada diri sendiri atau di dalam hati, sehingga engkau berjahat sangka akan saudara engkau."

[Ihya Ulumuddin]


Bersambung siri  71  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...