Thursday, November 10, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 71)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.12  Dosa Besar ke -11:  Jahat sangka kepada orang lain

sambungan....


Contoh Jahat Sangka:


Sesungguhnya terlalu banyak contoh2 untuk diperkatakan mengenai jahat sangka yang berlaku di kalangan masyarakat Muslim. Ia boleh terjadi di rumah di kalangan keluarga sendiri atau di pejabat atau jalanan bahkan di mana saja wujud komuniti manusia akan terjadi jahat sangka ini.


Berikut adalah beberapa contoh mudah yang boleh dijadikan panduan:


(1) Kamu melihat kawan kamu dari jauh.  Dari jauh kelihatan dia sedang memegang botol, pada pandangan kamu kelihatan seperti "botol arak".  Tubuh dia bergoyang2 "seperti orang mabuk".  Lalu kamu membuat andaian bahawa kawan kamu minum arak. Ini adalah jahat sangka yang membawa dosa besar.   


Oleh kerana kawan kamu berdiri jauh, maka pandangan kamu kabur, boleh jadi kawan kamu cuma memegang botol biasa. Kandungannya air biasa.  Nampak  tubuhnya goyang2 seperti kemabukan mungkin sebab dia penat. Atau mungkin juga dia pening.  Atau berbagai kemungkinan lagi. Dengan demikian menghukumnya sebagai jahat semata2 atas andaian ini adalah jahat sangka.


(2) Hasnah melihat kawannya sedang duduk berdua2an dengan lelaki, lalu datang sangkaan kawannya itu keji, maka ini jahat sangka.  Boleh jadi lelaki tersebut saudaranya.


(3) Fahmi ingin meminjam wang dari Hariri.  Hariri menjawab dia tak ada duit.  Tak lama kemudian Fahmi melihat Hariri pergi bank dan keluarkan duit yang banyak. Pada sangkaan Fahmi, kawannya telah menipunya.  Maka ini jahat sangka.  Boleh jadi wang yang dikeluarkan oleh Hariri adalah wang Majikannya atau wang orang lain yang diwakilkan. 


(4) Pak Imam melihat seorang pemuda sedang pegang hp lama2 di Masjid, lalu Pak Imam berkata dalam hati :  "budak ni main game di dalam Masjid pulak dah".  Ini jahat sangka.  Boleh jadi anak muda itu sedang hafal ayat Qur'an.  Atau sedang hafal suatu doa.  Atau sedang kirimkan sesuatu kepada ibu bapanya.  Wallahu A'lam.  Kita tak tahu,  jadi jangan mudah jahat sangka walaupun kamu Imam Masjid atau penjaga Masjid.


(5) Ahli Jemaah di Masjid melihat seseorang jarang datang ke Masjid tiba2 masuk Masjid dengan  memakai jubah dan serban. Lalu datang sangkaan bahawa dia penipu yang menyamar nak curi duit Masjid. Ini jahat sangka.


(6) Kamu dengar khabar sesebuah kumpulan itu sesat. Kamu terus percaya dan anggap kumpulan tersebut sesat tanpa memeriksa dengan adil serta pembuktian yang wajar menurut Syara'. Maka ini adalah jahat sangka dan juga fitnah yang kedua2nya dosa besar.


(7) Jahat sangka kepada orang yang sering menegur kesalahan kamu sebagai berlagak, tunjuk alim dsb dalam hati kamu.


(8) Menuduh seseorang yang berzikir dengan cara yang kamu tidak mengenalinya sebagai sesat. Ini jahat sangka kerana kaedah berzikir berbagai ragam, jenis zikir pun berbagai2 jenis. Tingkatan zikir seorang dengan orang lain berbeza-beza.   Boleh jadi kamu yang tak tahu.  Kamu tak pernah berguru kepada Pewaris Nabi yang siddiq.  Atau kemungkinan kamu yang tersalah pandang atau tersalah dengar.  


(9) Akibat kejahilan pada akhir zaman ini, banyak amal soleh yang diwarisi dari Nabi ﷺ  menjadi bahan mainan dan jahat sangka.  Misalnya jahat sangka kepada Toriqat Rasulullah ﷺ dan  Ilmu Tasawwuf.   Ini bukan sahaja akibatkan dosa besar, bahkan lebih dari itu boleh batalkan Iman, jika dia tidak taubat segera.


Setiap Toriqat yang mempunyai Silsilah yang sahih sampai kepada Rasulullah ﷺ serta dipimpin oleh Pewaris Nabi yang siddiq yang menepati segala syarat2nya, maka Toriqat ini merupakan Warisan suci dari Rasulullah ﷺ.  Apabila seseorang menyangka  Warisan suci ini sebagai sesat, maka dia telah menuduh Rasulullah ﷺ sebagai sesat.  Wal Iyazubillah. 


(10) Hamba2 Allah yang diTunjukki berguru kepada seorang Mursyid yang Siddiq, hendaklah awasi hati supaya tidak jahat sangka pada perlakuan atau perkataan Guru yang tidak difahaminya.

Jahat sangka kepada Mursyid yang siddiq merupakan dosa yang amat berat kerana ianya terkait terus kepada Allah dan Rasul-Nya. 


Demikian sedikit sebanyak contoh2 yang boleh dijadikan panduan.  Setiap Muslim perlu sangat berhati-hati kerana sesungguhnya penyakit jahat sangka adalah bibit2 tercetusnya penyakit2 hati yang lain yang berangkai2 yang mengakibatkan dosa2 yang amat besar iaitu : Tajassus, Namimah, Ghibah, Fitnah . (ini akan dibincangkan dalam bahagian tersendiri)


Bersambung siri  72  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...