Thursday, November 10, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 72)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.12  Dosa Besar ke-11:  Jahat sangka kepada orang lain

sambungan....


Punca Terjadi Jahat Sangka:


Punca utama terjadi sifat ini adalah sama seperti penyakit2 hati yang lain, iaitu :


(1) Hati yang kotor dan keji

(2) Nafsu2 kejahatan yang menguasai hati

(3) Bisikan Iblis dan kuncu2nya jinn syaitan


Sebab2 yang mengikut Punca Utama tadi adalah :


(1) Rasa diri sangat baik dan hebat.

(2) Rasa diri sudah istimewa dan sempurna

(3) Kesombongan kerana kuasa, pangkat, kekayaan, harta benda, kemasyhuran dll.


Akibat Jahat sangka:


(1) Putus Silatur-rahim

(2) Menzalimi saudara Muslim

(3) Bawa kepada bermasam muka dan pergaduhan 

(4) Bawa kepada dosa2 besar lain yang berangkai2 iaitu  Tajassus, Kazib, Namimah, Ghibah dan Fitnah. 


Tanda seseorang sudah terkena Penyakit Jahat Sangka:


Oleh kerana persoalan "jahat sangka " ini hal hati yang tersembunyi, kadangkala seseorang tak dapat pastikan sama ada dia sudah terkena penyakit jahat sangka ini atau semata2  khatir yang mengganggunya.   


Bagaimanakah seseorang dapat mengetahui sama ada dia sudah terkena penyakit "jahat sangka kepada manusia?  

Apakah tanda2nya ?


Jawabnya:

Tanda2 seseorang terkena penyakit "Jahat Sangka" adalah :


Pertama ; Berubah hati dari yang sudah2.  Hati menjadi kusut, keras hati, dada sempit terhadap orang yang disangkanya sebagai jahat.


Kedua :  Menjauhi orang tersebut.  Memandang dengan pandangan sinis, curiga, hina dsb.   Jika dahulu boleh berbual2, ajak makan bersama atau bersiar2... tetapi tiba2 berubah menjadi liar. 


Ketiga :  Perkataannya menjadi kasar dan tak ingin berbual dengannya dengan baik.  Sebaliknya wujud kesombongan diri.


Keempat : Mencari2 bukti untuk membenarkan jahat sangkanya. Ini berkait rapat dengan Tajassus, iaitu mencari2 'aib atau kesalahan orang. Sedangkan Tajassus ini merupakan satu dosa besar.


Inilah antara tanda2 yang dapat dijadikan ukuran sama ada seseorang terkena penyakit Jahat Sangka pada orang lain.  Apabila wujud tanda2 tersebut pada diri seseorang sedangkan orang yang  disangka jahat itu sebenarnya tak berbuat apa2 pada sisi zahir hukum Syari'at, maka itu menunjukkan dia telah jatuh kepada dosa jahat sangka.


Kata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

"Bahawa ikatan jahat sangka itu adalah berubahnya hati dari yang sudah2. Lalu hati itu lari (liar hati), merasa berat dan lemah dari memeliharanya, merasa kehilangan dan sedih disebabkan jahat sangka itu.  Dan dari sangkaan itu dia cuba mencari bukti2nya.  (dia mencari bukti untuk membenarkan sangkaannya).

[Tamat petikan Kitab Ihya ; Cabang Mengumpat dengan hati]



Bersambung siri  73  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

      

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...