Monday, November 07, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 64)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.10  Dosa Besar ke-9:  Kufur Ni'mat Allah

sambungan....


Contoh2 Kufur Ni'mat:


Contoh 1:

Salah guna harta kekayaan seperti habiskan wang ringgit pada tempat yang sia-sia dan melalaikan.  Misalnya mendirikan pentas2 hiburan dan nyanyian yang melalaikan. 


Contoh 2:

Berlebih-lebihan pada menghias tempat kediaman. Berlebihan pada membeli aksesori kenderaan atau membeli pakaian baru silih berganti sedangkan pakaian lama masih elok dan boleh dipakai.  Bukanlah larangan menghias rumah atau memasang aksesori kenderaan atau memakai pakaian baru... namun apabila berlebih2an maka jadilah pembaziran dan kufur Ni'mat. 


Contoh 3:

Enggan memberi makan kepada faqir miskin dan orang2 yang susah sedangkan dia seseorang yang berharta.  Orang yang berharta tetapi tidak pedulikan anak yatim dan faqir miskin. Ini kufur Ni'mat.


Contoh 4:

Berlebih-lebihan pada makanan sehingga membazir.  Contoh lazim yang terjadi adalah semasa berbuka puasa bulan Ramadhan, makanan yang dibeli terlalu banyak sehingga akhirnya dibuang.   Contoh terbaru adalah semasa pengumuman PKP, ramai orang yang kaya membeli makanan berlebihan namun tak digunakan. Akhirnya dibuang.  


Contoh 5:

Habiskan masa sia2 dengan permainan atau hiburan yang melalaikan.  Hiburan pada asasnya adalah harus dengan syarat tidak bertentangan dengan hukum. Namun apabila seseorang habiskan masa terus- menerus dalam permainan atau hiburan, maka ini termasuk kufur Ni'mat.  Dikatakan kufur Ni'mat kerana pada setiap saat terdapat Ni'mat Allah yang akan dituntut.


Contoh 6:

Salah guna kuasa.  Sesungguhnya Kuasa Pimpinan atau Pemerintahan adalah Amanah Allah yang amat besar.  Sesiapa yang diberi kuasa kemudian dia menggunakan kuasa tersebut sewenang2nya mengikut kehendak nafsu untuk melakukan kerja2 fasiq dan menzalimi manusia, maka dia telah menjerumuskan diri ke dalam kekufuran yang amat berat.


Contoh 7:

Tidak Syukur (terima masih) kepada hamba2 Allah yang menjadi asbab manusia mendapat berbagai Rahmat dan Pertolongan Allah.  Di antara hamba2 Allah yang menjadi asbab seseorang memperoleh berbagai Ni'mat Allah adalah kedua Ibu bapanya, Guru2 sekolah, Saudara2 kandungnya dan Sahabat2nya yang banyak membantu dalam menempuh kehidupan.  Tidak bersyukur kepada mereka sama seperti tidak bersyukur kepada Allah.


Contoh 8 :

Tidak Syukur (terima kasih) kepada Pewaris Nabi yang siddiq (Mursyid yang siddiq) yang memimpinnya.  Jika seseorang diKurniakan oleh Allah seorang Pewaris Nabi yang Siddiq (Mursyid yang siddiq) sebagai pembimbingnya kepada Allah Ta'ala, maka ini adalah suatu Ni'mat yang terlebih besar manfaatnya, bahkan jauh lebih besar dari sekalian dunia dan seisinya, kerana dengan pimpinan mereka, seseorang Muslim dapat meningkatkan Keimanannya kepada peringkat yang paling tinggi menjadi insan2 yang bertaqwa dan diKasihi Allah.  


Contoh 9 :

Sia-siakan Agama. Tidak mensyukuri Ni'mat Allah Ta'ala yang menjadikannya seorang Islam yang beriman.  Kufur Ni'mat Iman bermaksud abaikan ibadah dan perintah Allah yang lain. Tidak mempedulikan ajaran Islam. Tidak mempedulikan ajaran Rasulullah ﷺ.  Kehidupannya dipenuhi dengan falsafah kehidupan jahiliah dan kefasikan.   Ini manusia paling rugi.


Lain2:

Banyak lagi contoh2 lain dalam kehidupan manusia yang boleh dijadikan perbandingan.  Namun memadailah dengan beberapa contoh2 umum ini bagi manusia yang beraqal memikirkannya dan mengambil i'tibar.


Bersambung siri  65  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_____________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

       

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...