Monday, November 07, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 63)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.10  Dosa Besar ke-9:  Kufur Ni'mat Allah

sambungan....


Tiga keadaan kufur Ni'mat:

Kufur Ni'mat meliputi sekalian hal ehwal kehidupan manusia — dirangkumkan menjadi tiga :  

Kufur pada lisan

Kufur pada perbuatan

Kufur dalam Hati


Pertama : Engkar Ni'mat Allah dengan Lisan:

Enggan mengucap Syukur Alhamdulillah.  Lidah keras mengucap ungkapan "Alhamdulillah".  Jika ada ucapan "Alhamdulillah"  pun hanya sekadar adat seperti yang biasa dilakukan oleh manusia, dan BUKAN dari hati yang sedar akan Ni'mat2 tersebut.   Atau menafikan terus sesuatu Ni'mat itu dari Allah...dan ini lebih berat. 


Kedua : Engkar Ni'mat Allah dengan Perbuatan:

Menggunakan segala Ni'mat Allah Ta'ala pada jalan diMurkai Allah.  Setiap hari manusia menderhakai Allah dengan menggunakan Ni'mat Allah pada jalan yang salah, jalan yang diMurkai Allah.  Contoh2nya amat banyak sekali.  


Ketiga: Engkar Ni'mat Allah dalam hati:

Ertinya tidak akui dalam hati segala Ni'mat yang dia peroleh dalam kehidupan.  Pada anggapan orang ini, segala kelebihan dan ni'mat2 hidup seperti kesihatan, kekayaan, harta benda, wang ringgit, kepandaian, kedudukan, pangkat dan lain2nya adalah usaha dia sendiri. Orang ini lupa akan Allah, lupa bahawa semua itu pemberian dan Anugerah Allah. Dia lupa kepada Rabb yang sentiasa anugerahi segala macam Ni'mat keperluan hidup dia.   Inilah kekufuran paling berat. (di suatu sudut pandang ini yang dikatakan Syirik hati, syirik tersembunyi dalam hati)


Ketiga2 jenis Kufur Ni'mat ini berlaku pada semua orang awam Islam. Mereka lalai dari Syukur kepada Allah. Mereka jarang sekali mengucap Syukur kepada Allah dengan penuh kesedaran Iman.  Mereka salah gunakan Ni'mat Allah pada perkara2 yang berlawanan dengan Kehendak Allah. 


Bentuk2 kekufuran:

Kekufuran yang dilakukan oleh orang beriman terbahagi dua bentuk : Satu yang berupa Kufur Ni'mat Duniawi dan yang kedua Kufur Ni'mat Ukhrawi.


Bentuk Pertama : Kufur Ni'mat harta benda dunia

Kufur Ni'mat harta benda dunia bermaksud mengengkari sekalian pemberian Allah berupa keperluan bagi kesinambungan hidup seperti yang telah disebutkan termasuk udara, air, cahaya Matahari dll. 


Bentuk kedua :  Kufur Ni'mat Akhirat :

Kufur Ni'mat Akhirat adalah bermaksud mengengkari Ni'mat Iman, hidayah dan Taufiq untuk melakukan segala ibadah. Umumnya Allah Ta'ala Kurniakan Hidayah — Petunjuk kepada seseorang untuk beriman dan Kurniakan Taufiq — kekuatan  untuk beramal soleh.  Maka kufur Ni'mat sini bermaksud seseorang mensia-siakan Kurniaan Keimanan. Tidak peduli dengan Perintah Allah Ta'ala. Tak pedulikan Solat, Puasa, Zakat, Zikir dll.   


Hamba2 Allah yang ditunjukki jalan Ma'rifat memperolehi lebih banyak Ni'mat Akhirat ini.    Mereka diKurniakan ketinggian  Zikrullah, Solawat, Istighfar dan ibadah2 lainnya.  Mereka diKurniakan khusyu dalam Solat.  Mereka diKurniakan jiwa yang benar2 suci.  Mereka terhindar dari Sifat2 keji dan Syirik hati. Mereka diKurniakan "Syurga yang disegerakan di dunia"  iaitu ketenangan luar biasa berserta Allah yang tidak akan didapati oleh orang awam. 


Semua ini merupakan Ni'mat Allah Ta'ala yang bersifat Akhirat yang tidak ternilai harganya, TIDAK dapat ditukarkan oleh seluruh kekayaan atas muka bumi.  Bahkan jika ditambah dengan kekayaan demikian berlipat2 beribu kali ganda sekalipun, ia TIDAK akan menyamai satu saat mengerjakan Zikrullah pada Jalan Ma'rifat.   Dengan demikian keengkaran kepada segala Ni'mat Allah yang bersifat ukhrawi ini merupakan dosa besar yang amat berat sekali.



Bersambung siri  64  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________ 

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...