Sunday, November 06, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 62)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.10  Dosa Besar ke-9:  Kufur Ni'mat Allah


Definisi :

Kufur Ni'mat bermaksud mengengkari segala Ni'mat Pemberian Allah Ta'ala,  dan tidak menggunakan pada jalan yang diRedhai Allah sebaliknya menggunakannya pada jalan yang diMurkai-Nya.


Larangan Kufur NI'mat ini terbentang luas dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Orang2 yang Kufur Ni'mat diancam dengan Kemurkaan Allah dan azab yang amat pedih.   


Firman Allah :

فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ 

"Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku (zikir pada-Ku sebanyak2nya) , supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah (Gunakan segala kurnia Allah pada Jalan Allah)  kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku)"

[Al Baqarah (2) : ayat 152]


Firman Allah : 

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ 

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu Berfirman: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih."

[Ibrahim (14) : ayat 7]


Firman Allah :

وَءَاتَٮٰكُم مِّن ڪُلِّ مَا سَأَلۡتُمُوهُ‌ۚ وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَظَلُومٌ۬ ڪَفَّارٌ۬

"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung Nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat zalim lagi  kufur (Kufur Ni'mat Allah)"

[Ibrahim (14) : ayat 34]


Perkataan "kufur" dalam ayat2 di atas adalah Kufur Ni'mat, iaitu lalai dari bersyukur kepada Allah, tidak pedulikan segala Ni'mat Allah kepadanya, lupakan Allah dan tenggelam dalam kelazatan dunia.  Kufur Ni'mat adalah berlawanan dengan Syukur Ni'mat. 


Orang yang sentiasa menggunakan sekalian pemberian Allah kepadanya pada jalan yang diRedhai dan diKasihi Allah adalah dikatakan orang yang bersyukur.  Sebaliknya orang yang enggan ucap Syukur kepada Allah dan sewenang2 menggunakan Ni'mat Allah kepada hal2 yang tidak diRedhai-Nya adalah dikatakan Kufur Ni'mat.


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

"Dan pengertian kufur Ni'mat ialah : Lawan kepada yang demikian (lawan kepada Syukur). Ada kalanya dengan meninggalkan pemakaian Ni'mat atau menggunakannya pada tempat yang tidak di- Kasihi-Nya."

[Ihya Ulumuddin]


Huraian kepada Syukur Ni'mat dan lawannya Kufur Ni'mat mempunyai hubungan rapat dengan Iman / Tauhid / Ma'rifat seseorang kepada Allah Ta'ala.  Dalam ertikata lain sifat Syukur Ni'mat Allah adalah tanda2 menunjukkan Keimanan yang tinggi sementara kufur kepada Ni'mat Allah adalah tanda2 kelemahan Iman atau kerosakan Iman pada diri seseorang Islam, Wal Iyazubillah.


Bersambung siri  63   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

       

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...