Saturday, November 05, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 59)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.9  Dosa Besar ke-8:  Rasa Aman Dari Kemurkaan Allah

sambungan...


Rawatan dan Penjagaan:

Rawatan dan penjagaan diri agar tidak termasuk golongan yang tertipu dengan angan2 sendiri akibat bergelumang dalam kemungkaran dan tidak takut Kemurkaan Allah. 


Pertama :

Tanamkan sungguh2 dalam ingatan bahawa semua bentuk nikmat duniawi berupa kesihatan, harta kekayaan, kemewahan, pangkat dan kedudukan dan lainnya yang dikecapi oleh orang2 yang bergelumang di dalam ma'siat dan kezaliman adalah sebenarnya merupakan istidraj, BUKAN Rahmat Allah.


Yang dikatakan Istidraj adalah kelangsungan Allah kepada seseorang atau dalam maksud lain Allah Ta'ala biarkan seseorang dalam kesesatan dengan menambah2kan kelebihan2 duniawi kepada dia akibat dari keengkaran, kesombongan dan kekufuran melampau. Pada sangkaan dia, Allah Ta'ala berikan berbagai nikmat duniawi kerana kasih kepada dia sedangkan yang sebenarnya dia terlaknat.  Wal Iyazubillah.


Firman Allah:

وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لا يَعْلَمُونَ 

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui.

[Al A'raf : Ayat 182]


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

إِذَا رَأَيْتَ اللهَ تَعَالَى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنهُ اسْتِدْرَاجٌ

“Apabila kamu melihat Allah Ta'ala Memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan ma'siat kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa yang demikian itu adalah istidraj (dari Allah)”

[Imam Ahmad, Imam At-Thabarani, Imam Baihaqi]


Dengan demikian, awas!  Sedarlah hakikat bahawa apabila berbagai rezeki harta dunia dan  kekayaan dunia datang melimpah kepada kamu sedangkan kamu bergelumang dalam dosa, ma'siat, kefasikan dan kekufuran, maka yang demikian itu adalah istidraj, iaitu kamu dibiarkan di dalam kesesatan oleh Allah Ta'ala.


Atau seandainya kamu melihat manusia lain memperoleh  berbagai Ni'mat Allah  sedangkan mereka bergelumang dalam kefasikan, kezaliman dan kekufuran, maka ketahuilah ia merupakan Istidraj.  Wal Iyazubillah.   


Apabila sampai masanya mereka akan menerima balasan yang amat buruk yang tiada tertanggung.  Dalam sejarah Ummat manusia telah terjadi banyak sekali contoh2 bagi manusia untuk mengambil i'tibar. Sama ada peristiwa pada Ummat terdahulu mahu pun kepada Ummat kemudian.  


Contoh2 yang terjadi pada Ummat terdahulu adalah datangnya hujan batu, taufan, kuman penyakit dll yang musnahkan seluruh peradaban manusia yang kufur kepada Allah.


Pada zaman mutakhir ini, contoh2 musibah dari Kemurkaan Allah adalah : Tsunami, Gempa bumi, peperangan dan pembunuhan yang tiada kesudahan.  Wal Iyazubillah


Bersambung siri  60  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...