Saturday, November 05, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 60)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.9  Dosa Besar ke-8:  Rasa Aman Dari Kemurkaan Allah

sambungan...


Kedua:

Ketahuilah,  Kekayaan dunia, Kekuasaan, Pangkat, Kemasyhuran, Kesihatan yang baik dll yang berupa kelebihan duniawi BUKAN tanda Allah Ta'ala Redha kepada seseorang.  Semua itu BUKAN ukuran ketinggian seseorang di Sisi Allah. (Ukuran baik buruk, tinggi rendah, mulia atau hina di Sisi Allah hanyalah Iman dan Taqwa).      Maka jangan kamu palingkan wajah kamu daripada Allah kerana menganggap Kurniaan Allah kepada manusia2 tersebut sebagai suatu kelebihan.


Dalam realiti kehidupan, orang² Islam yang rajin beribadah, qiamullail, puasa sunnat,  dan segala macam ketaatan... sering berhadapan dengan suasana seperti berikut:


Ada kalanya dia melihat orang yang tidak solat, tidak mengerjakan Ibadah lain, bahkan sering melanggar hukum2 Allah bersenang-lenang hidup mereka.  Sedangkan dia yang beribadah siang malam hidup miskin.


Setengah lain melihat saudara²nya tidak menutup aurat, tidak mematuhi hukum agama tetapi kelihatan bahagia hidup mereka. Mereka ke sana ke mari belanja sesuka hati, melancong sana sini, berhibur dengan gembira.  Tetapi dia yang patuh kepada Allah tak mampu berbuat demikian, tiada kemampuan.


Setengah ahli ibadah lain melihat kawan2 satu pejabat hidup mewah dengan kereta mewah, pakai pakaian mewah, hidup di condo mewah…sedangkan dia cuma tinggal di rumah biasa sahaja meskipun dia ahli ibadah. 


Maka terjadilah kemusykilan dan kekeliruan di hati :

"Kenapakah demikian, Mengapakah mereka dapat sukaria?"

"Mengapakah orang yang banyak dosa menjadi kaya-raya  sedangkan dirinya miskin?"

"Mengapakah ahli ma'siat hidup mewah sedangkan dia hanya cukup makan?"


Hati nya berbisik lagi : 

"Kenapakah aku yang selalu patuh kepada Allah, tak pernah tinggal solat, tutup aurat dan tetap tunaikan semua kewajipan....  terpaksa hidup di dalam kemiskinan ?  Sedangkan orang2 yang abaikan agama hidup mewah dan kaya-raya... ?"

"Mengapakah aku yang selalu da'wah sana sini, hidup di dalam kesusahan, sedangkan orang yang tak kenal da'wah hidup senang?"


Maka terjadi berbagai bisikan di dalam hatinya:

"Ini tidak adil."  

"Mungkin aku perlu tinggalkan jemaah?"

"Mungkin lebih baik aku tinggalkan da'wah?"  

dan macam2 lagi ..


Keadaan ini sering terjadi kepada orang Islam awam terutama yang terlibat dalam kerja2 da'wah dan juga salikin pada Jalan Ma'rifat.  Bagi hamba2 Allah yang mempunyai kemusykilan seperti itu,  Allah Ta'ala sudah pun berikan Peingatan dan Amaran.


Firman Allah : 

وَلَا تَمُدَّنَّ عَيۡنَيۡكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعۡنَا بِهِۦۤ أَزۡوَٲجً۬ا مِّنۡہُمۡ زَهۡرَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا لِنَفۡتِنَہُمۡ فِيهِ‌ۚ وَرِزۡقُ رَبِّكَ خَيۡرٌ۬ وَأَبۡقَىٰ

"Dan janganlah engkau tujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan mereka itu menikmatinya, yang merupakan perhiasan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal."

[Ta-Ha  (20) : Ayat 131]


Peringatan umum dari perintah ini adalah :


(1)  Segala kelebihan duniawi yang Allah Ta'ala Kurniakan kepada manusia berupa kekayaan, kecantikan, kesihatan tubuh, pangkat, kedudukan dll.  BUKANLAH ukuran mutlaq ketinggian seseorang di Sisi Allah.  BUKAN kerana orang itu sudah mendapat Keredhaan Allah.  BUKAN juga kerana dia sudah baik, tetapi semua yang demikian menjadi dugaan kepada manusia yang menerimanya.


(2) Jangan kamu terpengaruh dengan kenikmatan duniawi yang Allah kurniakan kepada setengah manusia yang engkar, sama ada mereka fasiq atau kafir kerana kenikmatan tersebut hanyalah perhiasan dunia dan istidraj.


(3) Nikmat Iman yang Allah kurniakan kepada kamu adalah jauh lebih baik dari kekayaaan dan kesenangan yang kamu lihat pada  mereka,  kerana Nikmat Iman  itulah yang kekal bawa ke akhirat.


(4) Selayaknya kamu syukur kepada apa yang Allah Kurniakan pada kamu dari harta dunia yang sedikit tetapi memadai untuk kehidupan kamu di dunia yang sementara.  


(5) Seandainya Allah Ta'ala Kurniakan kamu harta dunia, kekayaan melimpah ruah seperti yang kamu lihat pada manusia lain, maka ditakuti kamu menyeleweng dan kufur seperti mereka.


(6) Kebahagiaan yang sebenar dan abadi menunggu kamu di akhirat. Maka TIDAK patut kamu layangkan pandangan kamu kepada kenikmatan sementara yang ada pada golongan2 engkar.



Bersambung siri  61  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_____________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...