Wednesday, September 14, 2022

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 16)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.4 Al-Qur'an Kalamullah, bukan novel lipur lara..!

=====================================

Baca dengan cermat setiap keterangan ini...


Hendaklah setiap orang muda, dan juga yang tua, tanamkan di dalam hati sungguh² bahawa Al-Qur'an Kalamullah (Firman Allah) yang Maha Agung.  Ianya BUKAN cerita melipur lara,  BUKAN novel cinta nafsu,  BUKAN karya buatan manusia yang boleh ditafsir sesuka hati.   


Mereka yang sebenar² layak memberikan tafsir  dan ta'wil  hanya Ulama Warisatul Anbiya yang bertaraf Auliya Allah yang mahir di dalam segenap ilmu syari'at dan tinggi ilmunya di dalam Ma'rifat.   ( disebut secara khusus Mujtahid  —  akan datang penjelasan).   Iaitu hamba² Allah yang diKurniakan oleh Allah ilmu dari Sisi-Nya, sebagaimana terdahulu dalilnya.


Firman Allah :

يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."

[Al-Mujadila (58) : Ayat 11]


Hanya hamba² Allah yang diKurniakan oleh Allah Ilmu dari Sisi-Nya  yang layak mentafsirkan Al-Qur'an.   Iaitu Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq yang menerima curahan Ilmu Ma'rifat, kasyaf, ladunni,  ilham2 suci dari Allah Ta'ala.      Selain daripada mereka JANGAN coba² untuk mentafsirkan Al-Qur'an,  JANGAN kamu mendabik dada ingin merujuk Qur'an terus,  JANGAN gelojoh ingin mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith semata² kerana kamu miliki ijazah Universiti, PhD, Master, Profesor atau lain²nya.. !  Ilmu yang pelajari di Universiti sampai PhD pun hanya bagaikan sebutir debu di kaki Ulama Billah yang arif.


Al Qur'an adalah Kalamullah Yang Maha Agung, Maha Tinggi dan Maha Sempurna.  Setiap ayat bahkan setiap huruf   boleh mengandungi ribuan hikmah, ribuan maksud, ribuan rahsia dan ribuan makna² tersembunyi yang hanya difahami oleh Ulama yang diberi ilmu oleh Allah.   Orang awam /  muqallid  TIDAK mempunyai ilmu untuk memahami semua hikmah dan rahsia² tersebut.


Al-Qur'an adalah gedung Ilmu Allah yang amat besar yang mempunyai jawapan dan penyelesaian bagi seluruh manusia sampai Qiamat.  Ilmunya TIDAK akan kering selama lamanya.   Namun  orang yang benar²  memahami sesuatu Ilmu sesuai dengan masyarakat manusia dan keadaan suatu  zaman hanya- lah Ulama yang diberi ilmu oleh Allah.  Orang awam /   muqallid  TIDAK mempunyai pengetahuan darihal perkara2  rumit itu.


Al-Qur'an mengandungi  ubat dan penawar  yang diperlukan oleh  seluruh manusia sepanjang zaman, terutama untuk merawat berbagai penyakit hati yang menguasai dirinya.  Ubat dan penawar yang sesuai untuk kesemua penyakit manusia hanya diketahui oleh Ulama Warisatul Anbiya yang diberi ilmu oleh Allah.   Orang awam /   muqallid  TIDAK mempunyai pengetahuan berkenaan penyakit2 di dalam hati- nya dan tidak mengetahui ubat dan penawarnya yang sesuai untuk merawatnya...!


bersambung siri  17  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI      

        

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...