Wednesday, September 14, 2022

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 15)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.3 Kedudukan Ulama Warisatul Anbiya'

sambungan....

Firman Allah :

الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا

“(Malaikat) yang memikul ‘Arsy dan yang di sekitarnya bertasbih dengan memuji Rabb mereka dan mereka beriman kepada-Nya, dan mereka memohonkan ampun bagi orang-orang yang beriman.” 

[Ghafir (40) : ayat 7]


Firman Allah: 

وَعَلَّمۡنَـٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلۡمً۬ا 

"....dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami." 

[Al-Kahfi (18 ) : Ayat 65] 


Firman Allah : 

وَاتَّقُواْ اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ 

Bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajar kamu.” 

[Al-Baqarah(2) : Ayat : 282] 


Rasulullah ﷺ bersabda:

إن الله وملائكته وأهل السماوات والأرض حتى النملة في جحرها ، وحتى الحوت ، ليصلون على معلم الناس الخير. رواه الترمذي (3685

“Sesungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) solawat (berdoa) ke atas Orang alim (Arif Billah) yang mengajar kebaikan kepada manusia.” 

[Imam Tirmizi]


Rasulullah ﷺ. bersabda :

وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِى السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِى الأَرْضِ وَالْحِيتَانُ فِى جَوْفِ الْمَاءِ

“Dan sesungguhnya seorang ‘alim (Sohibul Ilm, atau Arif Billah) itu, akan memohonkan ampun baginya penduduk langit dan bumi, dan juga ikan dalam air.” 

[Imam Ahmad , Imam  Abu Dawud]


Sabda Nabi ﷺ : 

“Takutilah firasat orang mu' min kerana mereka melihat dari cahaya Allah.” 

[Imam  Tirmizi]


Sabda Rasulullah ﷺ : 

“Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.” 

[Imam Abu Nuaim] 


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Apa-apa yang Allah tuangkan ke dalam dadaku, aku tuangkannya ke dada Abu Bakr”

[Imam Bukhari]


Maksud "Ulama", "alim",  dan  "mukmin" di dalam   ayat Al Qur'an  dan Hadith2  di atas  ini adalah Ulama Arifbillah, Mursyid,  Ulama Warisatul Anbiya  yang dipilih oleh Allah, dicurahi Rahmat dan Kasih-Nya, dianugerahi kekuatan zahir batin bagi memimpin Ummat.  Merekalah pemimpin Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Pewaris sebenar Rasulullah ﷺ sampai Qiamat.  

Dengan keterangan2 tersebut jelaslah bahawa Ulama (yang benar) menduduki posisi mulia di sisi Allah Ta'ala.   Berpegang teguh kepada Ulama Pewaris Nabi yang siddiq adalah kewajipan setiap Muslim.  Tanpa Ulama Pewaris Nabi yang siddiq ini, manusia akan tersesat.  Tanpa Pewaris Nabi yang siddiq ini, manusia akan mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith mengikut aqal dan nafsu mereka sehingga akhirnya binasa.  Wal Iyazubillah.


bersambung siri  16  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI       

         

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...