Tuesday, September 13, 2022

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 13)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.2 Sumber ilmu dan amal di zaman Tabi'in dan zaman kemudiannya.


Selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, Islam telah berkembang luas ke seluruh dunia.  Berbagai suku kaum, bangsa, keturunan menerima Islam.  Ketika ini timbul berbagai persoalan di kalangan ummat.


(1) Kebanyakan orang yang masuk Islam tidak memahami bahasa Arab.

(2) Kebanyakan orang Islam di zaman kemudian adalah orang awam yang tiada ilmu Al Qur'an, Sunnah Rasul dan tak memami ajaran Islam.

(3) Timbul banyak persoalan² baru yang memerlukan fatwa dan penjelasan hukum.

(4) Berlaku pertentangan di kalangan orang² Islam berhubung dengan Tauhid, i'tiqad, penyucian jiwa dan ajaran Islam keseluruhannya. 

(5) Orang² Islam mula meninggalkan ajaran Nabi yang sebenar. Banyak berlaku penyelewengan kepada kefahaman² batil sesat, sehingga bangkit berbagai firqah sesat. 


Semua kepincangan ini mesti dibendung.   Segala penyelewengan firqah2 sesat wajib disekat dan di  dedahkan agar ummat Islam tidak terkeliru dan tersesat jalan.  Ummat ini memerlukan panduan yang cukup memadai bagi kehidupan sebagai orang beriman sebagaimana tuntutan Allah dan Rasul Nya....!  Sedangkan mereka sendiri jahil, apakah cara untuk mereka amalkan Islam? 


Di sinilah hikmahnya, Allah Ta'ala taqdirkan bagi ummat ini para Ulama Pewaris Nabi yang muhaqqiq,  Ulama yang sebenar2 Ulama yang mewarisi Nabi ﷺ zahir dan batin,  iaitu mewarisi keseluruhan Agama dari Rasulullah ﷺ .   Mereka mengambil ilmu dengan jalan suci,   jauh dari penyelewengan atau kesesatan,  iaitu dengan jalan yang amat seni dan rahsia.  Merekalah penyelamat ummat ini...!


Ketika itu Ulama2 Tab'in  mula melakukan ijtihad mengeluarkan berbagai hukum bagi menjelaskan persoalan² semasa dan juga persoalan² baru yang timbul.


Bahkan lebih dari itu mereka berijtihad dan kumpulkan disiplin ilmu² tertentu lalu jadikannya suatu ilmu yang sistematik, tersusun dan mudah dirujuk oleh orang² Islam secara umumnya.  Maka lahirlah di sana berbagai lmu yang perlu dipelajari dan diamalkan oleh Ummat.   Di antara Disiplin² ilmu terpenting dan terawal yang diterbitkan oleh Ulama Ahlus Sunnah adalah :


●Ilmu Syari'at dan Toriqat

●Ilmu Fiqh, Usuluddin dan Tasawwuf

●Ilmu  qiraat dan tajwid

●Ilmu nahwu saraf dan  balaghah 

●Ilmu usul fiqh usul tahqiq, mantiq, bayan, badi'

●Ilmu Ulumul Qur'an, Mustolah Hadith, Sirah Nabawiyyah

Seterusnya mereka huraikan lagi secara jelas pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah dengan firqah² yang batil dan sesat.   

Dengan demikian sumber hukum kemudian dari kewafatan Nabi adalah tiga :

(1) Al-Qur'an

(2) As-Sunnah

(3) Ijma' dan Qias Ulama (Ahlus Sunnah yang siddiq)

Yang di katakan Ulama Ahlus Sunnah yang siddiq (benar) adalah mulai dari Khulafa Ar-Rasyidin, di- ikuti Ulama Tabiin, diikuti Ulama Tabiit Tabiin dan diikuti oleh semua Pewaris Nabi yang menerima ilmu zahir batin dengan jalan bai'at dan Talaqqi Musyafahah  dan curahan ilmu terus ke dalam dada Pewaris² Nabi sambung menyambung pada Silsilah Rasulullah tanpa putus.


bersambung siri  14  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI       

   

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...