Monday, September 12, 2022

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 12)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


 □□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

7.0 Bagaimana terbitnya Ilmu² Islam

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Perhatikan baik² pada penjelasan ini....!

Bahagian ini perlu dijelaskan dan difahami sungguh²  terlebih dahulu sebelum masuk kepada bicara dalil² Tasawwuf dan Toriqat agar pembaca mendapat kefahaman ringkas bagaimana proses berlakunya perkembangan Ilmu² Islam.  Seluruh Ummat perlu memahami asas² penerbitan Ilmu² Islam di dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah agar tidak terpedaya dengan laungan² perosak agama yang cuba menyelewengkan pemikiran orang2 Islam yang kurang pengetahuannya.

Golongan wahhabiyah @ najdiyyah @ kaum muda seringkali menuduh ilmu Tasawwuf dan Toriqat sebagai bid'ah sesat kerana kejahilan yang amat berat dan kegelapan yang menutup pintu hati mereka.  Orang2 ini adalah golongan "muda"  yang lemah aqalnya,  cetek ilmunya, sempit dadanya, tersangat jahil tetapi berani mengeluarkan "fatwa" sesuka hati  terikut² hawa nafsu dan bisikan iblis. Wal Iyazbubillah.

Sebahagian orang Islam terpengaruh dengan dakyah² golongan bid'ah sesat  wahhabiyah @ najdiyyah @ kaum muda ini disebabkan ketiadaan ilmu yang memadai untuk melawan pemikiran² tersebut.  Dengan demikian amat perlu bagi ummat ini memahami secara ringkas bagaimana terbitnya ilmu² Agama yang banyak kemudian dari kewafatan Rasulullah ﷺ


7.1 Sumber Ilmu dan amal di zaman Rasulullah ﷺ  dan Sahabat

Seluruh Ummat sudah maklum, sumber ilmu dan amal dan Sumber Hukum di zaman Rasulullah ﷺ ,  dan para Sahabat adalah 

Pertama : Kitabullah - Al- Qur'an

Kedua     :  Sunnah Rasululllah - Hadith 

Kedua itu sahaja.  Dan itu sahaja rujukan para Sahabat.

Ummat Islam pada saat itu hanya mempunyai seorang pemimpin iaitu Junjungan Besar Rasulullah  ﷺ.  dan hanya satu pendapatnya pada memutuskan soal hukum hakam agama.

Segala persoalan² baru yang timbul pada zaman Rasulullah ﷺ. akan dijawab dan selesaikan sendiri oleh Rasul ﷺ.  Tiada perselisihan atau perbezaan pendapat pada satu² urusan kerana yang menjadi sumber rujukan dan mohon fatwa hanya  "Rasulullah ﷺ ".

Ketika itu belum wujud pembahagian Ilmu² Islam sebagaimana wujud pada zaman kita sekarang.  Rasulullah ﷺ tidak pernah menentukan /  membahagikan ilmu Agama kepada disiplin2 ilmu tertentu. Para sahabat tidak mengenal pembahagian² ilmu Syari'at dan Toriqat,  atau fiqh, usuluddin dan tasawwuf.   Atau ilmu tajwid, tahsin dan qiraat,  atau balaghah, nahwu dan saraf.    

Yang benar adalah semua ilmu² tersebut wujud secara komprehensif (padu) di dalam kehidupan mereka  iaitu wujud pada hakikatnya tetapi belum menerima "rumah"  masing².  Atau di dalam perkataan lain semua ilmu wujud di dalam praktis kehidupan sahabat tetapi belum dijuzuk-juzukkan kepada disiplin² tertentu.

Fahami kenyataan ini..!    

Rasulullah ﷺ adalah pelopor kepada sekalian Ilmu2 Islam yang wujud kemudiannya,  ertinya semua ilmu tersebut adalah dari Wahyu Ilahi dan Sunnah Baginda,  tetapi Baginda sendiri tidak menentukan pembahagian² ilmu tertentu pada hayat Baginda.  

Terbitnya berbagai² ilmu Islam berlaku pada zaman  Tabi'in, iaitu yang dimaksudkan dengan Tabi'in adalah Ulama Ahlus Sunnah yang menerima ilmu terus  dari lisan Sahabat.  (bukan ilmu dari bacaan buku2 atau khabar atas angin tetapi benar2 menghadap Sahabat dan mengambil ilmu dengan cara yang suci)  

Pada zaman tabi'in inilah sekalian Ilmu Agama dijuzuk-juzukkan kepada disiplin ilmu yang  tertentu.  Uama Tabi'in   melakukan  ijtihad  mengambil dalil2 dari KItabullah dan Sunnah Rasul kemudian menyusun serta menunjukki jalan2 untuk amalkannya dengan benar menurut tuntutan Allah dan Rasul.


bersambung siri  13  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI       

         

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...