Monday, September 12, 2022

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN

TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 11)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


6.0 Definisi Toriqat 

Sambungan....

Berikut adalah analogy bagi mendekatkan faham  akan hubungan di antara Tasawwuf,  Toriqat dan Shaikh Mursyid.

Analogy 1

========

Pesakit parah, obat / rawatan dan Doktor Pakar

Katakan seseorang terlibat di dalam kemalangan serius yang boleh meragut  nyawanya.

Pesakit yang cedera parah di dalam kemalangan perlukan rawatan segera.   Pesakit yang cedera parah ini memerlukan doktor pakar yang mengetahui selok belok kecederaan dan rawatannya yang sesuai.  Pesakit ini TIDAK boleh dirawat di klinik biasa atau doktor biasa kerana kesakitannya yang amat parah. Menurut kajian sains dan hukum aqal, orang yang cedera parah akan maut jika tidak dirawat segera dan rawatan mesti dilakukan oleh Pakar, bukan doktor biasa.

Pesakit tadi di bawa ke hospital pakar dan di rawat oleh doktor pakar.  Doktor pakar menggunakan kaedah2 khusus untuk merawat pesakit.  pesakit di beri ubat / penawar yang sesuai untuk menyembuhkan kecederaan nya. Pesakit di beri penjagaan rapi di bilik khas.  Doktor pakar ulang alik bagi memastikan tiada jangkitan kuman pada kecederaan dan ubat yang diberi memadai untuk penyembuhan.    

Cuba perhatikan sungguh2 anology di atas:

1.  Ilmu yang menjelaskan tentang parahnya orang yang cedera dan  sakit,  ilmu berkenaan perlunya rawatan segera,  ilmu berkenaan pakar yang perlu merawatnya -  Ini adalah ibarat Ilmu Tasawwuf

2.  Pesakit dibawa ke Hosptal pakar dan kemudian dirawat oleh doktor pakar dengan kaedah2 rawatan khusus,  dengan berikan suntikan dan ubat2 yang tertentu serta diberikan penjagaan rapi sehingga sembuh,  ...  semua ini adalah ibarat Toriqat.   

3. Doktor pakar yang merawat pesakit tadi sehingga sembuh dan selamat dari "maut"  adalah ibarat  Shaikh Mursyid di dalam Agama.


Analogy 2

=========

Seorang hamba Allah mendapat khabar  suatu negeri yang terletak di suatu lembah terdapat emas, intan permata dan khazanah harta benda yang amat banyak.   Juga diceritakan di negeri tersebut,  suasana aman damai, kehidupan tenang dan pemerintahnya pemurah dan adil.    Sesiapa yang berjaya sampai ke sana akan dapat kebahagiaan hidup.   Tetapi persoalannya lembah tersebut amat jauh, perlu turun naik berbagai gunung ganang,  merentasi gurun dan cuaca dingin serta terdapat ancaman haiwan2 buas di sepanjang jalan menuju ke sana.  

Hamba Allah tadi berjaya mendapat sseorang pemandu yang mengetahui jalan ke sana dan boleh membawa dia dengan selamat ke lembah tersebut.    Di sepanjang jalan dia terpaksa melalui berbagai kesusahan kerana cuaca sejuk,  kurang makanan,  menanggung kepenatan turun naik bukit dan gunung.  Kadangkala terpaksa tahan nafas kerana menghadapi haiwan2 buas.  Tetapi disebabkan Pemandu tersebut sangat mahir selok belok jalannya,  maka akhirnya sampailah dia dengan selamat ke lembah indah yang penuh kebahagiaan.

Sekali lagi perhatikan analogy tersebut:

1.  Khabar tentang keindahan, kedamaian dan kebahagiaan hidup di lembah yang penuh kenikmatan itu adalah ibarat Tasawwuf

2. Usaha dia sendiri menempuh perjalanan yang jauh, dengan berbagai rintangan, bahaya, kepenatan adalah nisbah Toriqat

3. Pemandu yang memimpin dia kepada negeri yang penuh kedamaian, keamanan dan kebahagiaan itu adalah ibaratnya Mursyid.

Analogy di atas hanyalah  nisbah perbandingan yang mendekatkan faham,  tidak lah 100%  sama seperti itu.  Tetapi dengan analogy tersebut, aqal sihat akan dapat mencernakannya.

Kini barangkali para pembaca sudah faham hubungan Tasawwuf  Toriqat dan juga kaitannya dengan Mursyid yang diamanahkan oleh Allah dan Rasul memimpin Ummat.

Hakikat terpenting yang wajib disedari oleh ummat yang masih tidur adalah :   Semua yang dibicarakan di atas dasar2 Agama yang diambil dari Kitabullah dan Sunnah Rasul,  BUKAN rekaan akal fikir manusia, BUKAN perkara baru seperti yang dituduh oleh golongan2 khawarij / wahabiyah, syi'ah, sekular atau golongan sesat lainnya.  Na'uzubillah.

Golongan yang menolak,  mengengkari, mengejek, menghina  Toriqat yang sahih yang diterima turun temurun dari Rasulullah adalah mereka itu sesungguhnya menentang Allah dan Rasul dan  mereka itu tersesat jauh, dan ditakuti mati  su 'ul khatimah   (jahat kesudahan, mati tak dapat mengucap Kalimah Syahadah),  

Na'uzubillahi min zalik...!

Mohon Allah Ta'ala jauhkan kita dari termasuk golongan2 tersesat ...!


bersambung siri  12  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

      

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 527) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...