Monday, September 12, 2022

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN

TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 10)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


6.0 Definisi Toriqat

Sambungan....


Daripada definisi2 di atas kita dapat merumuskan beberapa perkara penting berhubung dengan Toriqat :

Pertama:

Toriqat adalah suatu Disiplin Ilmu dan amal yang bersumber dari Kitabullah dan Sunnah Rasul,   Ianya BUKAN rekaan Ulama atau aqal fikir manusia seperti yang dituduh oleh golongan2 sesat.  

Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar (Ulama bertaraf Auliya Allah) hanyalah   ijtihad  mengambil dan menghimpun dalil2 dan qaidah2  Al-Qur'an dan Sunnah Rasul serta  menunjukkan jalan2 tertentu / khusus  untuk mengamalkannya.

Kedua:

Toriqat adalah himpunan amal yang berkaitan hati,  yang  bertujuan menyucikan hati dari berbagai penyakit sebagaimana Perintah dan tuntuan Allah Ta'ala terhadap manusia,   iaitu hapuskan sekalian  syirik khafi  (syirik yang tersembunyi),   mazmumah  (sifat2 kekejian),  dan  ghaflah  (kelalaian),  sehingga hati itu bercahaya dengan cahaya Ketuhanan.

Ketiga :

Dengan mempelajari, beramal  dan berpegang teguh dengan prinsip2 Toriqat,  (berserta Syari'at)  seseorang beriman akan memperoleh TAUHID yang suci murni,  UBUDIYYAH yang tulus ikhlas  dan  kemuncak keredhaan Allah,  

Kemuncak Keredhan dan Kasih Allah inilah yang dikenali dengan berbagai istilah di dalam Ma'rifat:

● Maqam Taqwa yang sempurna,  

● Maqam Tasawwuf_ yang sempurna, 

● Maqam Mukasyafah  yang tahqiq,  

● Maqam Ihsan

● Maqam Tajalli.

Keempat :

Menjelaskan Hubungan  / KaitanToriqat dan Tasawwuf :

●Tasawwuf adalah permata atau buahnya atau matlamat diri insan yang bertaqwa  yang ingin dicapai sedang Toriqat  menunjukkan jalan2  bagi mencapai kecemerlangan tersebut.

●Tasawwuf menyebut kesucian hati dan  ketinggian akhlaq mulia,  sedangkan Toriqat mengatur langkah2, amal soleh, sistem mencapai kemuliaan dan kesucian tersebut.   

●Tasawwuf menyebut kewajipan setiap orang beriman membersihkan hati dari syirik khafi (syirik tersembunyi),  mazmumah  (sifat keji) dan ghaflah   (kelalaian), sedang  Toriqat melatih melakukan  amal2 soleh yang terdiri dari zikrullah,  mujahadah,  khilwah (uzlah) dll.   untuk menjadikannya kenyataan pada diri setiap insan yang menuju Allah.

●Tasawwuf menyebut halangan2 berupa nafsu, syaitan, makhluq dan  dunia, yang sentiasa menghambat manusia kepada kesesatan, kefasikan dan kekufuran.  Sedang Toriqat adalah praktis menyediakan benteng diri, perisai dan senjata bagi melawan sekalian bisikan2 hawa nafsu syaitan.

Kelima :

Menjelaskan  kaitan / hubungan diantara Tasawwuf, Toriqat dan Mursyid (ringkas sahaja,  penjelasan terperinci rujuk Tajuk "Mursyid Pewaris Nabi Sebenar)

Mursyid adalah Pewaris Nabi yang sebenar mewarisi sekalian Ilmu zahir dan batin, syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ. Mereka diberi amanah mendidik manusia kepada Allah sebagaimana Rasulullah ﷺ mendidik para Sahabat Baginda.   Mursyid yang siddiq (benar)  adalah doktor keruhanian yang mahir yang mengetahui sekalian penyakit² batin manusia dan mempunyai ubat serta penawar bagi menyembuhkan penyakit2 tersebut,  dan juga pakar di dalam menunjuk jalan kepada Allah / mencapai kecemerlangan Taqwa 

Berikut ini  suatu analogy bagi mendekatkan faham:

bersambung siri  11  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

         

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 529) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...