Monday, September 12, 2022

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN

TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 9)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


□□□□□□□□□□□□□□□

6.0 Definisi Toriqat

□□□□□□□□□□□□□□□


6.1  Pengertian Sudut Bahasa

========================


 Toriqat   ( طريقة )  adalah istilah  Arab bermaksud  Jalan,  kaedah, manhaj,  methodology, mazhab, sistem dll.


6.2 Pengertian Sudut Istilah

=======================


Sekalian Ulama Arif Billah, Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang muhhaqiq (benar)   telah mengemukakan berbagai istilah untuk menta'rifkan istilah Toriqat.   


Definisi Pertama:

Toriqat adalah himpunan sekalian amal soleh yang berkait dengan kebaikan hati dan ruh, diambil dari Kitabullah dan Sunnah Rasulullah ﷺ,  serta dihimpunkan oleh Ulama Ahlus Sunnah yang arif,  menjadi  suatu Sistem Tarbiyyah (Pendidikan)   yang tersusun lengkap, bertujuan mendidik  seseorang Muslim menjadi hamba Allah yang sejati,  dengan pimpinan Gurunya (Guru Mursyid yang benar). 

Definisi Kedua

"Toriqat adalah Ilmu yang menyatakan segala syarat2, peraturan, adab2  dan kaifiyyat  (cara2) mengerjakan  Zikrullah, Muraqabah  (tafakkur/merenung),  Musyahadah  (syuhud/menyaksikan),    sehingga seseorang itu menjadi hamba Allah yang benar dalam Tauhidnya serta menjadi Ubudiyyah dengan sebenar Ubudiyyah."

Definisi Ketiga

Toriqat adalah Ilmu melatih jiwa seseorang hamba Allah sehingga ianya bercahaya dengan cahaya Rabbaniyyah,  menyucikan batin HATI nya  daripada  sekalian  syirik khafi  (syirik yang tersembunyi), seperti takabbur, ujub, riya'  dan lainnya,  dan   daripada sifat2  mazmumah  (sifat2 kekejian)  seperti khianat,  hasad dengki, tamak haloba,  bakhil,  cinta dunia dan lainnya,   dan daripada ghaflah  (kelalaian),    kemudian menghiasinya dengan segala sifat  Mahmudah (sifat2 kepujian), iaitu segala sifat2 yang di redhai dan di Kasihi Allah.

Definisi Keempat

Toriqat adalah satu Disiplin Ilmu Keruhanian yang tersusun yang terdiri dari berbagai latihan keruhanian berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya,  dengan  bersungguh-sungguh menjalani latihan ini dengan pimpinan Shaikhnya (Mursyid yang siddiq),   seseorang hamba dibukakan oleh Allah Ta'ala  kepada hakikat Islam, Iman dan Ihsan."  

Definisi/makna-makna yang serupa yang diberikan oleh sekalian Arifin Billah yang lain,  semua ini tidak bertentangan. Sebaliknya menuju kepada satu matlamat iaitu kembalikan jiwa seseorang hamba kepada fitrah (asal kesucian diri),  bebas merdeka daripada segala sesuatu selain Allah,  sehingga akhirnya menjadi hamba Allah yang sejati,  hamba yang diredhai dan dikasihi Allah.


bersambung siri  10  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

           

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 529) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّل...