Wednesday, April 16, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 622)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



(3) Fatwa Imam Ghazali Radhiallahu 'anhu 

"Ketahuilah, walaupun kami menyatakan makan atas safrah (makan sambil duduk atas lantai) itu lebih afdhal, tetapi tidak bererti makan atas meja itu dilarang; sama ada makruh atau haram, kerana tidak thabit larangan mengenai dengannya. Dan tidak juga dikatakan orang itu (makan atas meja) telah melakukan bid'ah selepas Rasulullah ﷺ, kerana bukannya semua bid'ah (perkara baru)  itu dilarang.  Tetapi yang dilarang adalah bid'ah yang bertentangan dengan Sunnah Nabi ﷺ yang sahih dan menolak satu perkara yang diperintahkan oleh Syara' sedangkan  illahnya (sebab yang mewajibkannya) masih ada.  Bahkan melakukan perkara-perkara baru itu menjadi wajib pada keadaan tertentu jika berubah sebab-sebabnya.  Dan meja itu tidak digunakan melainkan untuk meninggikan makanan agar mudah dijamah."

[Ihya Ulmuddin]


(4) Fatwa Imam Nawawi Radhiallahu 'anhu

Imam Nawawi menukil fatwa Imam Izzuddin Abdus-Salam Radhiallahu anhu:

Telah berkata Syaikh dan Imam yang telah disepakati akan ketokohannya serta sangat 'alim dalam berbagai cabang ilmu,  Abu Muhammad Abdul Aziz bin Abdus-Salam menyebut di akhir kitab beliau, Al-Qawa'id : “Bid’ah itu terbahagi pada perkara-perkara wajib, haram, sunnat, makruh dan harus."

[Tahdzib Al-Asma wa al-Lughat]


(5) Fatwa Imam Ibnu Abidin Radhiallahu 'anhu

Bid’ah itu ada lima macam (ucapan beliau Pelaku Bid'ah) yang dimaksud adalah pelaku bid’ah yang haram.  Karena terkadang bid’ah hukumnya wajib seperti menegakkan dalil-dalil untuk menolak golongan sesat, mempelajari nahwu yang tujuannya 

untuk memahami Al-Quran dan Hadith, mendirikan madrasah, dan setiap kebaikan yang belum dilakukan di zaman Nabi.  Terkadang bid’ah makruh seperti menghias masjid.  Terkadang bid’ah mubahah seperti berlebihan dalam hal makanan, minuman 

enak, dan pakaian yang bagus. 

[Hasyiah Ibnu Abidin]


(6) Fatwa Imam Ibnu Hajar Asqolani Radhiallahu 'anhu

"Menurut bahasa, bid’ah adalah sesuatu yang dikerjakan tanpa mengikuti contoh sebelumnya.  Dalam syariat, bid’ah diucapkan sebagai lawan sunnah, sehingga bid’ah itu pasti tercela.  Sebenarnya, apabila bid’ah itu masuk dalam naungan sesuatu yang dianggap baik menurut syariat, maka disebut bid’ah hasanah.  Bila masuk dalam naungan sesuatu yang dianggap buruk 

menurut syariat, maka disebut bid’ah dholalah.  Dan bila tidak masuk dalam naungan keduanya, maka masuk kepada mubah (harus).  Dan bid’ah itu terbahagi menjadi 5 hukum.” 

[Fath Al-Bari]


Bersambung siri 623 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI 

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 621)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Fatwa Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar


(1) Fatwa Imam Syafi'e Radhiallahu anhu

 “Bid’ah ada dua macam: Bid’ah yang terpuji (bi'dah hasanah) dan bid’ah yang tercela (bid'ah dholalah). Bid’ah yang sesuai dengan Sunnah adalah bid’ah terpuji, dan bid’ah yang menyalahi Sunnah adalah bid’ah tercela.” 

[Nukilan dalam Fathul Bari]


(2) Fatwa Imam Izzudin Abdus-Salam

“Bid’ah adalah perkara yang tidak pernah dikenal pada masa Rasulullah ﷺ.  Bid’ah terbahagi menjadi lima; bid’ah wajibah, bid’ah muharramah, bid’ah mandubah, bid’ah makruhah dan bid’ah mubahah.  Dan jalan untuk mengetahui hal itu adalah dengan membandingkan dengan qawaid Syar'iyyah (oleh Ulama yang memenuhi Syarat-syarat sebagai Mujtahid).


Apabila bid’ah itu masuk pada kaedah wajib, maka menjadi bid’ah wajibah.  Apabila masuk pada kaedah haram, maka jadi bid’ah muharramah.  Apabila masuk pada kaedah sunnat, maka jadi bid’ah mandubah.  Apabila masuk pada kaedah mubah, maka jadi bid’ah mubahah. 


Bid’ah wajibah memiliki banyak contoh. 

Salah satunya adalah menekuni ilmu nahwu sebagai alat memahami Al-Quran dan Sunnah Rasulullah ﷺ.  Hal ini hukumnya wajib, karena menjaga syari'at itu wajib dan tidak mungkin dapat menjaganya tanpa mengetahui ilmu nahwu. Sedangkan sesuatu yang menjadi sebab terlaksananya perkara wajib, maka hukumnya wajib. 

Contoh kedua, perbahasan mengenai jarh dan ta’dil untuk membedakan hadith yang sahih dan yang lemah. 


Bid’ah muharramah memiliki banyak contoh, di antaranya  bid’ah ajaran orang-orang Khawarij, Jabariyah, Murji’ah dan Mujassimah.  Sedangkan menolak terhadap bid'ah-bid’ah tersebut termasuk hukumnya wajib.


Bid’ah mandubah memiliki banyak contoh, di antaranya mendirikan sekolah-sekolah dan setiap kebaikan yang tidak pernah dikenal pada abad pertama, dan di antaranya solat Tarawih berjamaah.


Bid’ah makruhah memiliki banyak contoh, di antaranya memperindahkan bangunan masjid dan menghiasi kitab (mus-haf) Al-Quran. 


Bid’ah mubahah memiliki banyak contoh, di antaranya menjamah makanan dan minuman yang lazat-lazat, pakaian yang indah, tempat tinggal yang mewah, memakai kopiah,memperlebar lengan baju dan lain-lain.” 

[Qawa’id Al-Ahkam]


Bersambung siri 622 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 620)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Penjelasan

...................


(1) Imam-Imam Besar Ahlus Sunnah sudah lama mengeluarkan Fatwa berkenaan " Bid'ah".  Mereka telah menjelaskan pengertiannya, pembahagiannya serta contoh-contohnya sehingga tiada sebab bagi orang jahil bergelar "Ulama", "mufti" "kiyai"  membuat fatwa-fatwa baru. 


(2) Imam Syafi'e membahagikan pengertian Bid'ah kepada dua:

Pertama : Bid'ah Hasanah — Perkara baru yang terpuji kerana sifatnya menepati Al-Qur'an, Sunnah Nabi dan Ijma Qias Ulama Mu'tabarah 

Kedua : Bid'ah dholalah — Perkara baru yang sesat atau tercela kerana sifatnya bertentangan dengan Al-Qur'an, Sunnah Nabi dan Ijma Qias Ulama Mu'tabarah.


(3) Imam Izzuddin Abdus-Salam pula berikan fatwa bahawa wujud 5 macam Hukum terhadap Bid'ah;

1. Wajib   

2. ⁠Sunnat   

3. Haram      

4. ⁠Makruh    

5. Harus


(4) Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar sepakat berkenaan Tafsiran Imam Syafi'e kepada Bid'ah Hasanah dan Bid'ah Dholalah serta pembahagian hukumnya kepada 5 perkara oleh Imam Izzuddin Abdus-Salam.


(5) Pendokong Ahlus Sunnah sudah lama memahami hakikat ini dan berpegang kepadanya.  


(6) Orang-orang beriman mudah sahaja menerima pembahagian "bid'ah" yang dilakukan oleh Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar.  Ringkasnya bukan semua perkara bid'ah itu haram tetapi yang haram dan bid'ah sesat adalah perkara baru yang bertentangan dengan Al-Qur'an, Sunnah Rasul serta Ijma Qias Ulama Mu'tabarah.  Dan orang yang benar-benar layak membuat fatwa perkara baru sebagai bid'ah wajib, bid'ah sunnat, bid'ah haram, bid'ah makruh, bid'ah harus... hanyalah haq Ulama Ahlus Sunnah yang bertaraf Mujtahid yang benar-benar menepati syaratnya.  


(7) Adapun Profesor, Kiyai, Ustaz atau lain-lainnya yang tiada kelayakan sebagai pewaris Nabi yang sah serta tiada kelayakan sebagai Mujtahid, haram bagi mereka, berdosa besar, kufur dan sesat mengeluarkan fatwa.  (Bab ini telah disentuh pada awal tajuk).



Bersambung siri 621 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 619)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Cabang: Penjelasan Khas:

Bab Bid'ah

========================


Moga Allah Ta'ala Mempermudahkan kami untuk memberikan penjelasan "bab Bid'ah" ini kepada seluruh Ummat berdasarkan Pimpinan Allah, Rasul dan Ulama Ahlus Sunnah terpercaya, agar mereka yang tersalah jalan keluar dari kekeliruan yang mengheret kepada kesesatan, Wal Iyazubillah. 


Jika dipelajari secara ilmiah berdasarkan kaeadah-kaedah yang telah ditetapkan Ulama besar Ahlus Sunnah, hal Bid'ah sangat mudah difahami, terang-benderang penjelasannya sehingga orang awam yang mubtadi (pelajar permulaan) pun mampu mencernakannya di dalam pemikiran dan jazamkannya di dalam hati, tanpa perdebatan yang sia-sia.


Secara tegas jika kamu orang yang benar-benar beriman, kamu akan mematuhi segala Fatwa Ulama Mu'tabar yang telah lama memberi fatwa berkenaan "bid'ah" ; mulai dari Fatwa Imam Syafi'e kemudian dijelaskan lagi oleh Imam-Imam Ahlus Sunnah kemudiannya dan di antaranya Imam Izzuddin Abdus Salam, Imam Nawawi dan mutakhir Imam Ibn Hajar Haythami Ridhwanullah Alayhi ajma'in.  


Tetapi Iblis takkan duduk diam. Ada saja jalan-jalan penyimpangan dibuat oleh Iblis untuk menarik manusia kepada kesesatan. Dia (Iblis) membisikan tafsiran-tafsiran sesat kepada "Ulama Palsu" sehingga mereka mengeluarkan fatwa-fatwa sesat.  Akibat dari fatwa-fatwa sesat yang ditaburkan oleh Iblis dan kuncu-kuncunya daripada ulama sesat, maka timbul perbalahan sesama orang Islam yang jahil.  Perbalahan berkenaan pengertian "Bid'ah" dan penggunaannya di dalam Agama berpanjangan sejak dahulu sampai sekarang.


Disebabkan kekeliruan demi kekeliruan yang dibangkitkan oleh fatwa-fatwa sesat "Ulama Palsu", maka Ulama Ahlus Sunnah yang benar bangkit menjelaskan semula agar Ummat terhindar dari kesesatan.



Definisi Bid'ah:

.............................


Dari segi bahasa:

Perkataan bid'ah ( بِدْعَةٌ ) berasal dari kata bada'a  (بَدَعَ) yang membawa maksud : ciptaan, penemuan, inovasi, membuat suatu yang baru, sesuatu yang menjadi permulaan.


Dari segi istilah:

Menurut Fatwa Imam Syafi'e Radhiallahu Anhu, Bid'ah terbahagi kepada dua: 

Pertama : Bid'ah Hasanah — Perkara baru yang terpuji kerana sifatnya menepati Al-Qur'an, Sunnah Nabi dan Ijma Qias Ulama Mu'tabarah

Kedua : Bid'ah dholalah — Perkara baru yang sesat atau tercela kerana sifatnya bertentangan dengan Al-Qur'an, Sunnah Nabi dan Ijma Qias Ulama Mu'tabarah.


Imam Izzuddin Abdus-Salam Radhiallahu anhu menjelaskan lagi perkara Bid'ah kepada 5 macam hukum: 

1. Wajib    

2. Sunnat     

3. Haram     

4. Makruh    

5. Harus



Bersambung siri 620 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Sunday, February 16, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 618)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....




Rasulullah ﷺ bersabda:

“Akan keluar di akhir zaman suatu kaum yang usia mereka masih muda, dan bodoh, mereka mengatakan sebaik‑baiknya perkataan manusia, membaca Al-Qur’an tidak sampai kecuali pada kerongkongan mereka. Mereka keluar dari Deen (Islam) sebagaimana anak panah keluar dan busurnya.”

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]



Rasulullah ﷺ bersabda:

"Di akhir zaman akan muncul kaum yang muda usia dan lemah akal. Mereka berbicara dengan pembicaraan yang seolah-olah berasal dari manusia yang terbaik. Mereka membaca Al-Quran, tetapi tidak melampaui tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama, secepat anak panah meluncur dari busur. Apabila kalian bertemu dengan mereka, maka bunuhlah mereka, karena membunuh mereka berpahala di sisi Allah pada hari Qiamat. 

[Imam  Muslim]



Rasulullah ﷺ bersabda:

“Suatu kaum dari umatku akan keluar membaca Al-Qur’an, mereka mengira bacaan Al-Qur’an itu menolong dirinya padahal justru membahayakan dirinya. Solat mereka tidak sampai kecuali pada kerongkongan mereka.”

[Imam Muslim]


Mereka mengerjakan solat bahkan mereka mengaku solat mereka lebih hebat daripada orang Islam lain, mereka merasakan ibadah mereka lebih hebat dari orang lain,  mulut mereka cakap  fasih membaca ayat Al-Qur'an tetapi perangai mereka seperti Syaitan — takabbur, membesarkan diri. Mereka sewenang-wenang menuduh orang beriman sebagai "kafir" dan "musyrik". 

Mereka hunuskan pedang mereka terhadap orang beriman lalu membunuh mereka. Mereka keluar dari Agama (murtad). Wal Iyazubillah. Mereka keluar dari Agama (murtad). Wal Iyazubillah.


Rasulullah ﷺ bersabda:


إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ رَجُلٌ قَرَأَ الْقُرْآنَ حَتَّى إِذَا رُئِيَتْ بَهْجَتُهُ عَلَيْهِ، وَكَانَ رِدْئًا لِلْإِسْلَامِ، انْسَلَخَ مِنْهُ وَنَبَذَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ، وَسَعَى عَلَى جَارِهِ بِالسَّيْفِ، وَرَمَاهُ بِالشِّرْكِ»، قَالَ: قُلْتُ: يَا نَبِيَّ اللَّهِ، أَيُّهُمَا أَوْلَى بِالشِّرْكِ، الْمَرْمِيُّ أَمِ الرَّامِي؟ قَالَ: «بَلِ الرَّامِي»


“Sesungguhnya yang paling aku khawatirkan atas kamu adalah seseorang yang telah membaca (menghafal) Al-Qur’an, sehingga ketika telah tampak kebagusannya terhadap Al-Qur’an dan dia menjadi pembela Islam, dia terlepas dari Al-Qur’an, membuangnya di belakang punggungnya, dan menyerang tetangganya dengan pedang dan menuduhnya musyrik”. Aku (Hudzaifah) bertanya, “Wahai Nabi Allah, siapakah yang lebih patut disebut musyrik, penuduh atau yang dituduh?” Baginda: menjawab, “Penuduhnya”. 

[Imam Bukhari, Imam Ibnu Hibban]


Catitan Penting:

Sesungguhnya perbahasan berkenaan istilah "bid'ah", pengertian sebenar menurut Ahlus Sunnah, hujjah-hujjah ilmiah dari sudut nahwu, saraf, qawaid fiqh, sangat luas perbahasannya oleh sekalian Mujtahid,  Namun, In shaa Allah dengan Kurnia Ilahi, kami akan cuba ringkaskan sekira-kiranya dapat difahami pada peringkat muqallid.


Bersambung siri 619 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 617)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Contoh 5: Mentafsir semua "perkara baru" sebagai bid'ah sesat


Setengah dari kejahilan Golongan Wahhabiyyah (Khawarij) yang membawa kepada kecelakaan adalah: mentafsirkan ungkapan "bid'ah" sebagai "sesat" dan "kafir" secara umum, ertinya menurut I'tiqad Wahhabiyyah semua jenis bid'ah adalah haram, syirik, sesat dan kafir. Wal Iyazubillah.


Akibatnya mereka (wahhabiyyah) menuduh Ahlus Sunnah sebagai pembuat bid'ah sesat dan musyrik! Bahkan Wahhabiyyah tak segan silu melemparkan ucapan "kekafiran" terhadap Masyaikh (Ulama) Ahlus Sunnah dan sekalian pendokong-pendokongnya. Wal Iyazubillah


(1) Menuduh Sambutan Maulid Nabi sebagai sesat.


(2) Menuduh Ziarah Maqam Nabi atau Auliya Allah sebagai sesat.


(3) Menuduh orang yang mengambil barakah dari Maqam Auliya Allah sebagai "penyembah kubur" atau "penyembah berhala".

 

(4) Menuduh Toriqat yang warid (datang) dari Rasulullah ﷺ sebagai sesat.


(5) Menuduh Zikir Jihar (kuat suara) sebagai sesat.


(6) Menuduh Zikir "Allah Allah" di dalam hati sebagai sesat.


(7) Menuduh Auliya Allah bertemu Rasulullah ﷺ sebagai sesat.


(8) Menuduh tawassul sebagai haram dan sesat.


(9) Menuduh Majlis Tahlil sebagai sesat.


(10) Menuduh mazhab-mazhab Fiqh sebagai bid'ah sesat.


Ini hanyalah sebahagian daripada perbuatan biadab Wahhabiyyah (Khawarij) terhadap Ulama Ahlus Sunnah dan ummat Islam seluruhnya.   Dengan pegangan mereka yang batil dan sesat itu, Golongan Wahhabbiyyah telah melakukan sejumlah besar dosa besar, kefasikan dan kebiadaban terhadap Allah, Rasul dan Auliya Allah.  


Siapakah sebenar golongan wahhabiyyah ini? Siapakah pemimpin Wahhabiyyah (khawarij)?  


Mereka adalah kaum yang muda, mentah, jahil, bodoh, aqal masih cetek dan lemah namun mereka berlagak bagaikan Ulama Mujtahid, menaburkan fatwa sesuka nafsu, sewenang-wenang menuduh sesat, musyrik, terhadap Ummat.


Berhubung dengan perangai Wahhabiyyah ini Baginda Rasul ﷺ telah memberi amaran akan datangnya puak-puak seperti ini (wahhabiyyah, Khawarij, Najdiyyah) setelah kewafatan Baginda — Mereka mengaku Islam, fasih bicara bab Agama, fasih membaca Al-Qur'an tetapi bacaan mereka hanya di lisan tak masuk ke hati. Mereka keluar dari Agama sedang mereka hidup dalam sangkaan (perasan, seronok sendri) bahawa diri  mereka lebih baik dari orang lain).


Bersambung siri 618 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Tuesday, February 04, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 616)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



(9) Jangan terlalu mendalam memikirkan Taqdir kerana ia menjerumus kepada zindiq


Sebagaimana kami sebut awal-awal lagi, sesungguhnya ramai sekali golongan ilmuan, cerdik pandai agama, orang "alim" tergelincir menjadi fasiq atau zindiq atau sesat akibat pendirian yang batil berhubung dengan Taqdir Allah.  Mereka berbahas tentang Ketuhanan dengan aqal pemikiran sempit sehingga akhirnya binasa.  Wal Iyazubillah.


Menurut nasihat sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah, setiap orang Islam hanya di-Perintah beriman sungguh-sungguh dengan Taqdir dan mematuhi setiap Perintah Allah.  Mereka dilarang keras terlalu banyak bertanya atau berfikir berkenaan Taqdir ketentuan Allah kerana aqal manusia betapa hebat sekalipun tak mampu mendalaminya rahsia-rahsia Ketuhanan yang sangat halus di dalam simpulan Taqdir. 


Dengan mematuhi sekalian nasihat Masyaikh Ahlus Sunnah, maka mudah-mudahan selamatlah mereka dunia Akhirat. 

Sebaliknya apabila seseorang cuba mendalami hal ehwal Taqdir menggunakan aqal pemikiran atau perbahasan golongan kafir maka dia akan tergelincir kepada Golongan Zindiq.  Wal Iyazubillah.



Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Maka yang wajib bagi semua orang beriman adalah berpegang bahawa amal yang baik adalah atas Taufiq Allah dan amal yang buruk (jahat, keji, kufur) adalah dari dirinya, sehingga dia masuk ke dalam Firman Allah:


وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوۤاْ أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلاَّ ٱللَّهُ


"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah."

[Aali Imran (3) : Ayat 135] 


Apabila seorang hamba menganggap bahawa maksiat adalah dari dirinya, maka dia termasuk orang yang beruntung dan selamat, daripada dia menganggap dosanya adalah dari Allah, meskipun pada hakikatnya sememangnya Allah penciptanya.

[Sirrul Asrar]



Berkata Al-Imam lagi:

"Perbahasan di bidang ini (Rahsia Taqdir) yang kalau manusia memaksakan pembahasannya, dia akan terpeleset menjadi Zindiq.    Ketika Iblis ditanya: Mengapa engkau tidak mahu menghormati Adam (ketika Allah Perintah dia sujud hormat kepada Nabi Adam), dia menjawab : "Ini Taqdir-Mu Ya Allah".  Dengan ucapan itu dia menjadi kafir dan diusir dari Syurga."

[Sirrul Asrar]


Bersambung siri 617 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...