■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 622)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
(3) Fatwa Imam Ghazali Radhiallahu 'anhu
"Ketahuilah, walaupun kami menyatakan makan atas safrah (makan sambil duduk atas lantai) itu lebih afdhal, tetapi tidak bererti makan atas meja itu dilarang; sama ada makruh atau haram, kerana tidak thabit larangan mengenai dengannya. Dan tidak juga dikatakan orang itu (makan atas meja) telah melakukan bid'ah selepas Rasulullah ﷺ, kerana bukannya semua bid'ah (perkara baru) itu dilarang. Tetapi yang dilarang adalah bid'ah yang bertentangan dengan Sunnah Nabi ﷺ yang sahih dan menolak satu perkara yang diperintahkan oleh Syara' sedangkan illahnya (sebab yang mewajibkannya) masih ada. Bahkan melakukan perkara-perkara baru itu menjadi wajib pada keadaan tertentu jika berubah sebab-sebabnya. Dan meja itu tidak digunakan melainkan untuk meninggikan makanan agar mudah dijamah."
[Ihya Ulmuddin]
(4) Fatwa Imam Nawawi Radhiallahu 'anhu
Imam Nawawi menukil fatwa Imam Izzuddin Abdus-Salam Radhiallahu anhu:
Telah berkata Syaikh dan Imam yang telah disepakati akan ketokohannya serta sangat 'alim dalam berbagai cabang ilmu, Abu Muhammad Abdul Aziz bin Abdus-Salam menyebut di akhir kitab beliau, Al-Qawa'id : “Bid’ah itu terbahagi pada perkara-perkara wajib, haram, sunnat, makruh dan harus."
[Tahdzib Al-Asma wa al-Lughat]
(5) Fatwa Imam Ibnu Abidin Radhiallahu 'anhu
Bid’ah itu ada lima macam (ucapan beliau Pelaku Bid'ah) yang dimaksud adalah pelaku bid’ah yang haram. Karena terkadang bid’ah hukumnya wajib seperti menegakkan dalil-dalil untuk menolak golongan sesat, mempelajari nahwu yang tujuannya
untuk memahami Al-Quran dan Hadith, mendirikan madrasah, dan setiap kebaikan yang belum dilakukan di zaman Nabi. Terkadang bid’ah makruh seperti menghias masjid. Terkadang bid’ah mubahah seperti berlebihan dalam hal makanan, minuman
enak, dan pakaian yang bagus.
[Hasyiah Ibnu Abidin]
(6) Fatwa Imam Ibnu Hajar Asqolani Radhiallahu 'anhu
"Menurut bahasa, bid’ah adalah sesuatu yang dikerjakan tanpa mengikuti contoh sebelumnya. Dalam syariat, bid’ah diucapkan sebagai lawan sunnah, sehingga bid’ah itu pasti tercela. Sebenarnya, apabila bid’ah itu masuk dalam naungan sesuatu yang dianggap baik menurut syariat, maka disebut bid’ah hasanah. Bila masuk dalam naungan sesuatu yang dianggap buruk
menurut syariat, maka disebut bid’ah dholalah. Dan bila tidak masuk dalam naungan keduanya, maka masuk kepada mubah (harus). Dan bid’ah itu terbahagi menjadi 5 hukum.”
[Fath Al-Bari]
Bersambung siri 623 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=======================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment