Wednesday, April 16, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 620)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Penjelasan

...................


(1) Imam-Imam Besar Ahlus Sunnah sudah lama mengeluarkan Fatwa berkenaan " Bid'ah".  Mereka telah menjelaskan pengertiannya, pembahagiannya serta contoh-contohnya sehingga tiada sebab bagi orang jahil bergelar "Ulama", "mufti" "kiyai"  membuat fatwa-fatwa baru. 


(2) Imam Syafi'e membahagikan pengertian Bid'ah kepada dua:

Pertama : Bid'ah Hasanah — Perkara baru yang terpuji kerana sifatnya menepati Al-Qur'an, Sunnah Nabi dan Ijma Qias Ulama Mu'tabarah 

Kedua : Bid'ah dholalah — Perkara baru yang sesat atau tercela kerana sifatnya bertentangan dengan Al-Qur'an, Sunnah Nabi dan Ijma Qias Ulama Mu'tabarah.


(3) Imam Izzuddin Abdus-Salam pula berikan fatwa bahawa wujud 5 macam Hukum terhadap Bid'ah;

1. Wajib   

2. ⁠Sunnat   

3. Haram      

4. ⁠Makruh    

5. Harus


(4) Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar sepakat berkenaan Tafsiran Imam Syafi'e kepada Bid'ah Hasanah dan Bid'ah Dholalah serta pembahagian hukumnya kepada 5 perkara oleh Imam Izzuddin Abdus-Salam.


(5) Pendokong Ahlus Sunnah sudah lama memahami hakikat ini dan berpegang kepadanya.  


(6) Orang-orang beriman mudah sahaja menerima pembahagian "bid'ah" yang dilakukan oleh Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar.  Ringkasnya bukan semua perkara bid'ah itu haram tetapi yang haram dan bid'ah sesat adalah perkara baru yang bertentangan dengan Al-Qur'an, Sunnah Rasul serta Ijma Qias Ulama Mu'tabarah.  Dan orang yang benar-benar layak membuat fatwa perkara baru sebagai bid'ah wajib, bid'ah sunnat, bid'ah haram, bid'ah makruh, bid'ah harus... hanyalah haq Ulama Ahlus Sunnah yang bertaraf Mujtahid yang benar-benar menepati syaratnya.  


(7) Adapun Profesor, Kiyai, Ustaz atau lain-lainnya yang tiada kelayakan sebagai pewaris Nabi yang sah serta tiada kelayakan sebagai Mujtahid, haram bagi mereka, berdosa besar, kufur dan sesat mengeluarkan fatwa.  (Bab ini telah disentuh pada awal tajuk).



Bersambung siri 621 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 661) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...