Tuesday, April 28, 2026

SIRI 381


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan....


Dalil 9: Firman Allah:


يَوْمَ نَدْعُوا۟ كُلَّ أُنَاسٍۭ بِإِمَـٰمِهِمْ ۖ فَمَنْ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَـٰبَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًۭا وَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦٓ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًۭا


“(Ingatlah) suatu hari (yang pada hari itu) Kami panggil tiap Ummat dengan Pemimpinnya; dan barang siapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya, maka mereka ini akan membaca kitabnya itu dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.  Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).”

[Al-Isra (17) : Ayat 71-72]


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu:

“Pada Hari Qiamat, setiap Ummat akan dibangkitkan bersama dengan Pemimpin mereka, iaitu Nabi mereka.  Riwayat lain takwilkan: Dengan buku catatan masing-masing.  Riwayat lain mengatakan: Bersama dengan Penyeru mereka yang selalu mengajak mereka kepada Jalan Petunjuk dan Penyeru kepada jalan Kesesatan."

[Tafsir Ibnu Abbas]


Dari perkataan Ibn Abbas Radhiallahu Anhu, kita dapat memahami bahawa setiap manusia dibangkitkan di Mahsyar bersama-sama dengan Pemimpin mereka masing-masing.  Jika Pemimpin mereka adalah Siddiqin dan Solihin, maka mereka dibangkitkan bersama Pemimpin tersebut.  Jika Pemimpin mereka adalah orang fasiq atau zalim atau kafir, maka mereka akan dibangkitkan bersama dengan Pemimpin-pemimpin mereka masing-masing dari kalangan fasiq atau zalim atau kafir.  Hal ini tiada perselisihan. 


Maka demikianlah orang-orang beriman yang menjadikan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq sebagai Pemimpin mereka, mereka akan dibangkitkan bersama Guru mereka masing-masing.  Sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang mempunyai Silsilah Rasulullah ﷺ akan  berhimpun di bawah panji-panji besar Rasulullah ﷺ bersama-sama murid mereka masing-masing.  Sekalian Mursyid akan menjadi saksi atas murid mereka dan Gurunya pula jadi saksi atas Beliau... demikian sambung-menyambung sampai akhirnya saksi dari Rasulullah ﷺ sendiri.  Dan sejurus kemudian mereka dipimpin masuk syurga oleh Rasulullah ﷺ bertali-tali atau berantai-rantai, sebagaimana Isyarat Hadith:


Rasululllah ﷺ bersabda:


عَجِبَ اللَّهُ مِنْ قَوْمٍ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ فِى السَّلاَسِلِ. 


Ajib (Hairan) oleh Allah dengan orang-orang yang masuk syurga berantai-rantai (bertali-tali).” 

[Imam Bukhari]


Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu Anhu:

“Yang dimaksudkan dengan  السَّلاَسِلِ (berantai-rantai) adalah: Ahli Silsilah Rasulullah ﷺ yang bersambung dari seorang Ahli Silsilah kepada Ahli Silsilah di atasnya sampai Rasulullah ﷺ.”

[Risalah Ma’rifat]


Bersambung siri 382 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 387 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...