SIRI 223
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke-9: Perincian Syirik khafi
Bentuk-Bentuk Riya'
Pertama : Riya di dalam Ibadah:
=======================
Inilah bidang Riya' yang paling umum di mana kebanyakan orang awam yang alim dan ahli ibadah sekalipun terperangkap dan terjatuh ke dalamnya. Sebahagian mereka menyedarinya namun mereka meneruskannya tanpa penyesalan kerana lazatnya. Sebahagian mereka menyedarinya dan menginsafi kesalahannya namun mereka tak mampu keluar darinya. Orang alim yang pernah belajar selok-belok hukum Riya' serta kebinasaannya, tahu dan sedar bencana Riya', namun selalunya mereka tertutup dengan kesombongan ilmu mereka serta menganggapnya tidak begitu penting.
Daripada semua golongan tersebut, orang Islam awam yang paling malang adalah mereka yang menganggap Riya' (serta penyakit hati yang lain) sebagai perkara remeh kerana menurut mereka hal itu akan terjadi pada semua orang dan pada pegangan mereka itu dimaafkan .... TIDAK syak lagi ini adalah golongan sesat dan menyesatkan. Wal Iyazubillah.
(1) Riya' di dalam Membanyakkan Ibadah
Ketika berhadapan dengan manusia dia banyakkan ibadah sedangkan tidak demikian apabila bersendirian.
Contoh 1:
Seseorang sangat rajin ibadah ketika berhadapan dengan manusia, umpamanya mengerjakan solat sunnat sampai 10 rakaat supaya dipuji orang rajin beribadah. Sedangkan ketika sendirian tidak demikian.
Contoh 2:
Seorang bakal menantu melakukan solat rajin sekali ketika sedang dilihat oleh bakal mertua bertujuan supaya dia dipuji sebagai menantu yang soleh.
Contoh 3:
Orang Alim yang bertugas mengajar manusia menunjuk-nunjuk ibadahnya yang banyak di hadapan umum supaya dia tetap disanjung dan diakui akan kebenaran ilmunya.
Contoh 4:
Bersedekah banyak ketika dilihat orang supaya dipuji sebagai dermawan.
Contoh 5:
Rajin membaca Qur'an ketika di hadapan manusia supaya manusia memujinya.
(2) Riya' di dalam Mengelokkan Ibadah
Ketika di hadapan umum, dia melakukan ibadah dengan membaguskannya supaya kelihatan indah pada pandangan manusia yang melihatnya dan dengan demikian menjadi pujian dan sanjungan manusia.
Contoh 1:
Membaguskan pergerakan solat seperti ruku' dan sujud supaya kelihatan indah pada pandangan manusia.
Contoh 2:
Orang yang menjadi Imam baguskan cara berdiri, baguskan cara angkat Takbiratul Ihram dan lain-lain supaya orang memujinya sebagai Imam yang hebat.
Contoh 3:
Membaguskan pekerjaan Haji supaya kelihatan sempurna pada pandangan manusia.
Bersambung siri 224 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment