SIRI 224
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke-9: Perincian Syirik khafi
Bentuk-Bentuk Riya'
sambungan....
(3) Riya' di dalam Meninggalkan Ibadah.
Selain dari Riya' di dalam membanyakkan Ibadah atau membaguskan Ibadah, terdapat lagi satu Riya' yang lebih halus, iaitu Riya' dengan meninggalkan Ibadah. Atau Riya' di dalam mengurangkan Ibadah. Atau kerana kurang bagus Ibadah.
Tentu ramai musykil, bagaimana ini terjadi?
Ramai sudah mengetahui, beramal banyak atau membaguskan Ibadah kerana mahkluq adalah Riya', namun bagaimana seseorang itu dikatakan Riya sedangkan dia meninggalkan ibadah yang menjadi asbab Riya? Orang itu meninggalkan Ibadah yang banyak kerana takut menjadi Riya', maka bagaimana penjelasannya?
Jawapannya:
Kunci memahami hal ini terletak pada niat dalam hati iaitu "kerana makhluq" dan BUKAN kerana Allah...!
Perhatikan sungguh-sungguh..... tipu daya yang amat halus ini...!
Apa saja pekerjaan yang dilakukan selain Allah (iaitu kerana makhluq), maka jadilah pekerjaan itu Syirik, iaitu _Syirik Khafi_.
Sesungguhnya ini tipu daya yang amat halus. Wal Iyazubillah.
Ini sebabnya sebahagian Ahli Ma'rifat mengatakan :
Mengerjakan Ibadah kerana makhluq adalah Syirik
Meninggalkan Ibadah kerana makhluq adalah Riya'
Yang sebenarnya kedua-duanya Syirik — sama ada membaguskan Ibadah kerana makhluq atau meninggalkan ibadah kerana takut pada makhluq kedua-duanya termasuk Syirik, iaitu Syirik Khafi.
Sebagaimana telah dibicarakan dahulu, Syirik Khafi membatalkan sekalian amal ibadah dan merosak Iman atau Tauhid...!
Bersambung siri 225 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment