SIRI 211
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi.
Perincian Syirik khafi ke-1:Takabbur
sambungan....
Tanda-tanda wujud Takabbur:
sambungan.....
Tanda ke-3 : Tidak suka dinasihati
Tidak suka menerima nasihat, teguran baik daripada orang lain.
Tanda ke-4: Menuduh pendakwah sebagai sombong
Apabila orang menegur kesalahannya (yang nyata dia salah pada pandangan Ahlus Sunnah), dia menyombong dan segera bangkit menyalahkan orang yang menegurnya sebagai tidak pandai bagi nasihat. Bahkan dia menuduh penda'wah pula sebagai sombong. Ini salah satu cara melepaskan diri daripada dia dianggap "penentang" yang menyombongkan diri.
Tanda ke-5: Mulut terasa berat memohon maaf
Susah minta maaf walaupun sedar dia sudah buat kesalahan yang nyata.
Tanda ke-6: Rasa diri lebih mulia, lebih hebat
Merasakan diri mulia dan orang lain tak layak menasihati dia.
Tanda ke-7: Menyebut-nyebut kelebihan diri
Selalu menyebut-nyebut serta bermegah-megah dengan suatu perkara dunia atau kelebihan ibadahnya.
Tanda ke-8: Marah jika pendapatnya ditolak
Di dalam suatu perbincangan atau mesyuarat, gemar pendapatnya diterima dan bangkit ammarah jika pendapat (akal) dia ditolak.
Tanda ke-9: Gemar memaksa pendapat sendiri
Gemar memaksakan kehendak dan pendapat sendiri dalam suatu perbincangan. Jika pendapatnya tak diterima dia terus merajuk atau bermusuh.
Tanda ke-10: Enggan bergaul dengan orang lain taraf
Hanya bergaul dan berteman dengan orang-orang setaraf dengannya. Jika dia dari keturunan mulia, dia hanya bergaul dengan teman-temannya dari keturunannya. Jika orang berpangkat, dia hanya bergaul dengan teman sama pangkatnya serta menganggap orang lain hina.
Bersambung siri 212 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment