Tuesday, April 14, 2026

SIRI 212


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi.

Perincian Syirik khafi ke-1:Takabbur

sambungan....


Tanda-tanda wujud Takabbur:

sambungan.....




Tanda ke-11:  Gemar doa buruk

Gemar mendoakan kejahatan, keburukan, kecelakaan terhadap orang Islam lain.  (anggap diri mulia dan hinakan orang lain)


Tanda ke-12:  Gemar dipuji

Gemar kepada pujian dan sanjungan manusia (merasakan diri mulia).  Marah jika tidak menerima pujian. 


Tanda ke-13:  Suka orang lain memberi salam padanya

Sangat sukacita orang lain memulai memberi salam kepada dia, kerana merasakan dirinya lebih berilmu dan lebih mulia.


Tanda ke-14:  Gemar orang lain bangun berdiri untuknya

Sangat suka orang lain bangun berdiri memuliakannya dan marah bila orang tak berbuat demikian.


Tanda ke-15:  Suka orang khidmat padanya

Sukacita orang lain menjadi khadim, berkhidmat kepadanya seperti menyediakan tempat duduk istimewa, sediakan makan minum dan marah jika tidak dibuat demikian, kerana mengganggap dirinya sangat mulia dan lebih dari orang lain.


Catitan:

Adapun murid berkhidmat kepada Mursyidnya adalah suatu hal berlainan kerana murid dituntut khidmat kepada Gurunya sebagai suatu adab terpenting bagi memperoleh kejayaan pada Jalan Ma'rifat.


Tanda ke-16:  Suka orang lain menziarahinya

Sukacita dan megah orang ziarah kepada dia dan tidak suka ziarah kepada orang demi menjaga status kemuliaannya.


Tanda ke-17:  Suka marah-marah berlebihan ketika mengajar

Suka marah-marah serta  membentak-bentak berlebih-lebihan apabila mengajar atau sampaikan suatu pada orang  yang tidak tahu.



Demikianlah tanda-tanda wujudnya Takabbur di dalam diri seseorang.  Boleh jadi terdapat lebih dari apa yang telah disebut.  Tujuan kami huraikan hal ini adalah agar setiap orang yang membacanya mengambil i'tibar dan cuba sedaya upaya menjauhinya.  BUKAN tujuan di sini menyalahkan orang lain.  


Penjagaan:

Perlu diingat juga TIDAK semua yang dilihat sebagai Takabbur itu sebenarnya Takabbur.  Kemungkinan  "gaya" atau "perkataan"  yang kelihatan seperti Takabbur itu BUKAN Takabbur, seseorang itu memang sifatnya yang asli, bukan Takabbur.  Maka di dalam hal ini dia TIDAK dikatakan Takabbur. Perbincangan lanjut berkenaan ini.  In shaa Allah.



Bersambung siri 213 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________________ 

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 246 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...