Thursday, April 09, 2026

SIRI 189


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 3: Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Jalan Ma'rifat

Fasal 9: Punca Kekeliruan, Penyimpangan dan Kesesatan orang awam



Sebab Ke-4 Kesesatan:Tidak Berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq

sambungan....



Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu.  Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan-serangan ini.  Formula strategi tersebut telah diterangkan dan telah dibuktikan oleh Mashaa'ikh (guru-guru Mursyid).  Kamu perlu mendengar baik-baik  arahan mereka dan mematuhinya.  Mereka akan pimpin kamu pada jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan tersebut.  Mintalah pada mereka nasihat-nasihat berkenaan nafsu-nafsu (yang rendah dan jahat), dan kelemahan-kelemahan lainnya,  kerana mereka juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat darinya.  Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu-nafsu kejahatan.  Mereka telah menempuh jalan yang panjang memerangi (nafsu-nafsu tersebut) dengan demikian mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.

[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar -Rahmaniy]



Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu Anhu:

“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid  yang murni) dan mukashafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.” 

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]



Berkata Imam Ghazali Radhiallahu 'Anhu:

“Murid memerlukan seorang Mursyid atau guru keruhanian yang dapat diikutinya, agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus.  (jalan benar yang di-Redhai Allah).  Jalan Agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil, benar atau salah) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja).  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh ( Mursyid )yang membimbingnya,maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpin dan memujuknya) menuju jalannya. 

[Ihya Ulumuddid Bab Ilmu]


Bukti penyelewengan dan kesesatan manusia Muslim akibat tidak berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq amat banyak.  Di antaranya yang menjadi Pengajaran yang paling berkesan kepada seluruh Ummat adalah :  72 golongan yang telah jatuh kepada kesesatan adalah mereka yang tidak mempunyai Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq sebagai Pemimpin mereka kepada Ketuhanan. 


Ulama fiqh yang paling hebat sekalipun wajib merendahkan diri kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq bagi memperoleh keselamatan Agamanya kerana mereka tak kenal bisikan-bisikan Iblis yang sangat halus yang penuh tipu daya.  Mereka tak dapat bezakan seruan haq dengan seruan batil dari iblis dan kuncu-kuncunya.  Mereka tak dapat bezakan cahaya Ketuhanan dengan pancaran kegelapan Iblis kerana kedua-duanya kelihatan hampir serupa.  Mereka tidak mempunyai hubungan keruhanian dengan Allah Ta'ala kerana hati mereka terhijab dengan hijab kesyirikan (syirik khafi) dan mazmumah (kekejian) yang amat tebal.  Mereka tidak mendapat pimpinan Junjungan Rasulullah ﷺ kerana mereka tak kenal ruhaniyah Rasulullah ﷺ.  


Akibat dari semua ini, mereka sentiasa terdedah kepada bisikan nafsu kejahatan dan bisikan halus Iblis, maka sekalian fatwa mereka terdedah kepada kebatilan dan kesesatan.  Contoh kepada persoalan ini adalah Kisah Imam Ghazali yang telah berlalu penjelasannya.  Setiap orang alim ulama yang merasakan diri mereka sudah hebat tersangat patut ambil pengajaran yang amat berharga daripada kisah beliau.


Bersambung siri 190 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________________ 

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 10

  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ FASAL 10: TINGKATAN PENCAPAIAN SALIKIN...