Thursday, April 09, 2026

SIRI 187


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 3: Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Jalan Ma'rifat

Fasal 9: Punca Kekeliruan, Penyimpangan dan Kesesatan orang awam



Sebab ketiga kesesatan: Tidak mempelajari dan amalkan Toriqat (Tasawwuf)


Sesungguhnya Agama Tauhid yang datang dari Allah Ta'ala terdiri dari dua bahagian : Zahir dan Batin, Jasmani dan Ruhani, Fiqh dan Tasawwuf, Syari'at dan Toriqat Rasul ﷺ.  Kedua-dua bahagian ini merupakan kewajipan atas setiap Muslim.  


Berkata Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:


"Ada dua macam ilmu yang diturunkan kepada kita.   Pertama ilmu Zahir, disebut Syari'at.     

Kedua  Ilmu Batin, disebut Ma'rifat / Toriqat.


Syari'at untuk jasad kita dan Ma'rifat (yang terbit dari Toriqat) adalah untuk batin. Kedua -duanya WAJIB dipadu dan dari perpaduannya membuahkan haqiqat.  Seperti halnya pohon dan daunnya yang menghasilkan buah.  Sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah Ar Rahman : ayat 19 dan 29."


Dengan Ilmu Zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai Haqiqat dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah.  Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan wujud oleh perpaduan antara Ilmu zahir (Syari'at Rasulullah ﷺ) dan Ilmu batin (Toriqat Rasulullah ﷺ).  Dengan ini dapat menyempurnakan  tuntutan Ma'rifat dan Ubudiyyah sebagaimana Firman Allah  "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ".  (Tidak Aku ciptakan jinn dan manusia melainkan Ubudiyyah kepada-KU)

[Tamat Nukilan dari Kitab Sirrul Asrar]



Syari'at membicarakan Ilmu dan amal berhubung dengan amalan zahir seperti solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin, muamalah dan lain-lain.  Toriqat membicarakan ilmu dan amal ibadah berkaitan dengan hal ehwal hati, ilmu Zikrullah, penyakit hati yang membawa kepada syirik khafi dan mazmumah dan cara-cara menyucikannya.  Maka amalkan kedua-dua bahagian ilmu ini sekaligus adalah fardhu ain atas setiap mukallaf. 


Apabila seseorang hanya amalkan Syari'at (fiqh) sahaja dan meninggalkan Toriqat (Tasawwuf), maka akan berlaku kepincangan di dalam ibadahnya.  Mereka takkan mampu memahami kewajipan sucikan hati dari syirik (syirk khafi)  dan mazmumah (kekejian hati), kewajipan Zikrullah, hakikat Zikrullah, khusyu di dalam Ibadah, hakikat ikhlas, hakikat Iman dan Ubudiyyah.  


Imam Malik Radhiallahu Anhu berkata:


مَنْ تفقَّهَ ولم يتصوف فقد تفسق، ومَنْ تصوَّف ولم يتفقه فقد تزندق، ومن جمعَ بينهما فقد تحقَّق


“Sesiapa yang mempelajari Ilmu fiqh tanpa mengamalkan Tasawwuf, maka dia telah menjadi fasiq.  Dan sesiapa yang mengamalkan Tasawwuf tanpa mempelajari Ilmu fiqh, maka dia telah menjadi zindiq. Dan sesiapa yang menggabungkan antara kedua-duanya, maka dia telah mencapai kebenaran.”


[Kata-kata Imam Malik di dalam kitab:

Ihya Ulumuddin - Imam Ghazali

Qawaid Tasawwuf - Imam Zarruq

Risalah Ma'rifat - Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi

Tanwirul Qulub - Imam Amin Kurdi

Sirus Salikin - Shaikh Abdus Somad Al Falimbani]


Inilah punca kebanyakan orang Islam menemui kesesatan.  Mereka mengambil sebahagian Agama (yang zahir sahaja) dan menolak sebahagian lagi (yang batin, hati, ruh).  Mereka tak sedar penolakan dan penentangan mereka pada hakikatnya menentang Allah dan Rasul-Nya.


Bersambung siri 188 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________________ 

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 9

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ FASAL 9: SISTEM TARBIYYAH dan TAZKIYYAH...