SIRI 184
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 3: Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Jalan Ma'rifat
Fasal 9: Punca Kekeliruan, Penyimpangan dan Kesesatan orang awam
Punca Kekeliruan, Penyimpangan dan Kesesatan
Setelah kami persembahkan hal ehwal berkenaan Toriqat, Tasawwuf, Ma'rifat dan sekalian hal ehwal yang berkait dengannya berserta bukti-bukti kukuh, selayaknya orang yang beriman faham akan kedudukan dan ketinggiannya Di Sisi Allah. Sepatutnya semua orang Islam berlumba-lumba mencarinya, amalkannya dan mengambil manfaat yang amat besar yang tersimpan di dalamnya.
Tetapi hal ini tidak berlaku. Sebaliknya berlaku penentangan, caci maki, penghinaan. Ajaib.! Orang yang melakukan penentangan ini adalah orang Islam sendiri. Kita tidak akan hairan jika penentangan tersebut datang dari orang kafir dan munafiq, kerana mereka sememangnya musuh Islam. Tetapi apabila penentangan itu datang dari orang Islam sendiri, orang yang bernama dengan nama Islam, memakai pakaian Islam, orang yang mengerjakan Solat, puasa dan lain-lain — ini amat menghairankan. Bahkan lebih buruk lagi orang-orang bergelar " alim ulama " mengeluarkan " fatwa" sesat terhadap Toriqat, Tasawwuf, Ma'rifat dan lain-lain berkait dengannya.
Persoalan:
■ Apakah Punca utama penentangan orang Islam sendiri terhadap Toriqat, Tasawwuf, Ma'rifat dan sekalian hal ehwal berkait dengannya sedangkan ianya datang dari Allah Ta'ala, bahkan ianya merupakan sumber utama hidup sebagai orang beriman ?
■ Apakah punca utama terbitnya "fatwa-fatwa" menentang Zikir Allah Allah? Sedangkan Zikir Allah Allah thabit dengan Al-Qur'an, Sunnah dan fatwa Ulama Mu'tabar?
■ Mengapakah orang alim, Profesor, PhD, Drs, Masters menjadi penentang-penentang Toriqat, Tasawwuf dan Jalan Ma'rifat sedangkan mereka membaca Kalam Allah?
■ Mengapakah keluar fatwa-fatwa " sesat “ daripada penguatkuasa Islam sendiri sedangkan mereka mengetahui selok-belok Agama?
Puncanya amat banyak, namun semua macam kekeliruan, kepincangan, kesesatan dan kekafiran adalah berpunca dari 4 macam aafat:
1. Nafsu — Nafsu jahat yang menyeru kesesatan.
2. Syaitan — Syaitan yang sentiasa membisikkan kesesatan.
3. Makhluk — Manusia menarik kepada kefasikan dan kesesatan.
4. Dunia — Dunia yang menarik kepada kefasikan dan kesesatan.
Bersambung siri 185 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment