SIRI 175
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 3: Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Jalan Ma'rifat
Fasal 7: Silibus Pendidikan Jalan Ma'rifat
Zikir Allah Allah
sambungan....
Jawabnya:
Mereka yang dimaksudkan sudah tentu Rasulullah ﷺ sendiri dan para Sahabat yang Baginda didik sehingga menjadi Ahli Ma’rifat, Ahli Taqwa, Ahli Mukasyafah yang bertauhid kepada Allah Ta’ala tanpa syirik apa pun dalam hati mereka. Dan kemudian diikuti oleh Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang benar-benar mengikuti jejak langkah Rasulullah ﷺ dan Sahabat Ridhwanullah Alayhi Ajma’in. Inilah “Ahli Zikir” yang dimaksudkan di dalam Perintah Allah ini, yang mereka itu memperoleh Pujian dan Kemuliaan di Sisi Allah.
Menurut Asbabun-Nuzul (sebab turunnya Perintah Allah ini), “Ahli Zikir” yang dimaksudkan adalah : Sayyidina Salman Al-Farisi dan Sahabat lain dari kalangan Ahlus-Suffah. Mereka habiskan masa mereka dengan Zikrullah dan Ubudiyyah kepada Allah Ta’ala pagi dan petang (sepanjang masa atau sentiasa). Walau bagaimanapun maksud umumnya adalah sekalian Sahabat Baginda yang mulia dan Pewaris Rasulullah ﷺ yang mengikut jejak langkah mereka di dalam Keimanan dan Ketaqwaan. Merekalah “Ahli Zikir” dan “Ahli Ubudiyyah”.
Ummat Islam di-Perintah duduk berserta “Ahli Zikir”, iaitu sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq serta Majlis-Majlis mereka. Dan jangan sesekali hina mereka kerana mereka adalah hamba-hamba Pilihan Allah yang sentiasa berzikir kepada Allah dengan penuh ikhlas semata-mata mengharap Wajah Allah.
Ke-2 : Allah Melarang Rasulullah ﷺ berpaling dari Ahli Zikir
Meskipun ia merupakan teguran kepada Rasulullah ﷺ namun ianya merupakan Peringatan dan Amaran kepada Ummat Islam seluruhnya. Iaitu I’tibar kepada Ummat Islam agar jangan sekali-kali memandang rendah atau menghina “Ahli Zikir”. Dan jangan berpaling dari mereka semata-mata kerana mengharap perhiasan dunia.
Maksud “Ahli Zikir” pada zaman kemudian daripada kewafatan Rasulullah ﷺ, sebagaimana kami jelaskan sebelum ini adalah sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang sentiasa menyeru kepada Allah pagi-pagi dan petang-petang dan sentiasa di dalam keadaan Ubudiyyah zahir batin. Tiada yang mampu melakukan semua ini melainkan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang di-Kurniakan oleh Allah keistimewaan di Sisi-Nya.
Ke-3 : Jangan muliakan seseorang kerana kekayaan, pangkat atau kedudukannya.
Perintah Allah ini juga dengan jelas melarang keras orang beriman memuliakan seseorang kerana kekayaannya atau pangkatnya atau kedudukannya di dalam masyarakat. Apa lagi mereka yang jelas kekafirannya menentang Allah dan Rasul-Nya.
Pemimpin-pemimpin Quraisy yang kaya-raya dan mempunyai kedudukan menemui Nabi ﷺ dan minta Baginda mengusir Ahlus Suffah, supaya mereka (kafir Quraisy) dapat mendekat kepada Nabi ﷺ dan dengan itu boleh menarik lebih ramai orang Quraisy masuk Islam. Tawaran yang kelihatan menarik. Logik aqal mengatakan memang patut menerima tawaran orang kafir itu kerana boleh membawa kemajuan kepada Ummat. Tetapi Allah Ta’ala melarang keras mengikuti permintaan orang kafir Quraisy demikian.
Sebaliknya Allah Ta’ala Memuliakan “Ahli Zikir”, iaitu di dalam ayat ini yang dimaksudkan adalah para Sahabat Baginda yang dhaif dan miskin yang tinggal di suatu sudut Masjid Nabi untuk berzikir dan ubudiyyah terus-menerus kepada Allah Ta’ala. Meskipun mereka hanya orang-orang yang miskin, dhaif dan tidak terkenal di dunia, namun Allah Ta’ala Muliakan mereka. Mereka adalah hamba-hamba Allah yang sangat tinggi dan istimewa di Sisi Allah.
Bersambung siri 176 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment