SIRI 174
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 3: Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Jalan Ma'rifat
Fasal 7: Silibus Pendidikan Jalan Ma'rifat
Zikir Allah Allah
sambungan....
Penjelasan Tambahan:
Ini adalah penjelasan tambahan kepada Dalil Firman Allah...
َٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُۥ عَن ذِكْرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمْرُهُۥ فُرُطًۭا
Perintah ini sangat unik kerana Allah Ta’ala menurunkan Perintah kepada Rasulullah ﷺ berupa Peringatan dan Amaran keras kepada Baginda sedangkan hakikatnya Perintah dan Amaran Allah ini tertuju kepada seluruh Ummat sampai Qiamat. Beberapa pengajaran penting yang perlu diperhatikan dengan serius oleh sekalian Ummat Islam adalah berhubung dengan Peringatan dan Amaran Allah melalui ayat ini adalah:
Pertama : Perintah Allah supaya berserta dengan Ahli Zikir
Allah Ta’ala Memerintahkan agar Rasulullah ﷺ (dan Ummat Baginda) berserta dengan “Ahli Zikir”(iaitu mereka yang sentiasa berzikir mengingat Allah dan ubudiyyah dengan hati yang suci bersih). Tiada harapan mereka selain dari Wajah Allah semata-mata (Keredhaan Allah semata-mata).
Uniknya Perintah Allah ini kerana Rasulullah ﷺ di-Perintah duduk berserta dengan Ahli Zikir dan sabar bersama dengan mereka sedangkan Rasulullah ﷺ sendiri adalah Sahibuz-Zikr (Pemilik sekalian Zikir), Sahibul-Asrar (Pemilik sekalian rahsia Ketuhanan dan kehambaan), Sahibul-Ma’rifah (Pemegang kunci Tauhid). Bagindalah yang mengajar, mendidik dan membimbing para Sahabat sehingga mereka menjadi Ahli Tauhid dan Ahli Ma’rifat yang unggul.
Maka tak mungkin Baginda menghina para Sahabat Baginda yang telah mendapat Kemuliaan di Sisi Allah. Jika demikian apa rahsianya Allah Memerintahkan agar Baginda duduk berserta dengan “Ahli Zikir” dan jangan abaikan mereka, jangan usir mereka dan jangan hina mereka?
Rahsia sebenar Perintah Allah ini adalah : Ayat ini, meskipun zahirnya ditujukan kepada Rasulullah ﷺ sehingga Baginda segera menyempurnakan Perintah tersebut, namun secara umum ianya merupakan peringatan kepada seluruh Ummat, agar mereka sentiasa berserta dengan “Ahli zikir”, dan jangan sesekali abaikan mereka apa lagi menghina mereka.
Persoalan penting di sini:
Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah Ta’ala dengan “orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi-pagi dan petang hari dengan mengharap keredhaan-Nya”? Iaitu mereka adalah “Ahli Zikir”.
Siapakah yang dimaksudkan dengan “Ahli Zikir” ini?
Adakah yang dimaksudkan dengan “Ahli Zikir” ini orang awam?
Adakah kerana dia seorang pendeta Agama?
Atau (pada zaman ini) kerana dia yang mempunyai gelaran “Ulama, Kiyai, PhD, Profesor dan sebagainya?”
Bersambung siri 175 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment