Tuesday, April 07, 2026

SIRI 171


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 3: Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Jalan Ma'rifat


Fasal 7: Silibus Pendidikan Jalan Ma'rifat


Zikir Allah Allah

sambungan....



Dalil  5: Firman Allah:


وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُۥ عَن ذِكْرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمْرُهُۥ فُرُطًۭا 


"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan petang hari dengan mengharap Keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.”

[Al-Kahfi (18 ) : Ayat 28]


Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:

“Allah Ta’ala Memerintahkan Rasulullah ﷺ sentiasa berserta orang-orang yang menyeru kepada Allah (Zikir kepada Allah), pagi dan petang, yang dimaksud di sini adalah Sayyidina Salman Al-Farisi berserta Sahabat lain (Ahlus Suffah yang miskin dan dhaif) yang mengharap Keredhaan Allah dan jangan berpaling dari mereka kerana mengharap perhiasan dunia yang ditawarkan oleh kaum kafir Quraisy, maksud di sini Uyaynah Ibn Hisn al-Fazari,”

[Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu:

“Ayat ini memerintahkan agar orang beriman berserta dengan Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq, yang mereka itu sentiasa berzikir kepada Allah pagi dan petang (iaitu setiap masa berzikir dan Ubudiyyah kepada Allah semata-mata kerana mencari Keredhaan-Nya).”

[Risalah Ma’rifat]


Bersambung siri 172 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 9

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ FASAL 9: SISTEM TARBIYYAH dan TAZKIYYAH...