SIRI 166
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 3: Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Jalan Ma'rifat
Fasal 7: Silibus Pendidikan Jalan Ma'rifat
Zikir Allah Allah
sambungan....
Definisi Zikir Allah
===============
Dari segi bahasa:
Zikrullah terdiri dari dua rangkaikata : "Zikir " dan "Allah", maka keseluruhan pengertiannya adalah : Ingat Allah.
Dari segi Istilah:
Zikrullah adalah mengulang-ulang Kalimah "Allah" atau Kalimah "La Ilaha Illallah" atau Asma' Allah (Nama-Nama Allah yang Maha Agung dan Indah-Indah) yang lain dengan lisan berserta ingatan kepada Allah di dalam HATI. Atau Semata-mata Mengingat Allah di dalam HATI terus-menerus.
Perhatian:
Orang yang melafazkan Kalimat Zikir dengan lidah tetapi hatinya lalai, tidak mengingat Allah, maka tidaklah dinamakan Zikrullah.
Zikir Hasanah:
ZIkir Hasanah adalah Zikrullah yang dilaksanakan tanpa sebarang kaifiyyat (cara), syarat dan adab tertentu. Ini adalah cara orang awam berzikir, iaitu tanpa peraturan khusus. Orang yang megerjakan Zikir umum ini akan memperoleh pahala tetapi TIDAK meningkat Iman atau Tauhid atau Taqwanya.
Zikir Darjat:
Zikir Darjat adalah Zikir yang mempunyai kaifiyyat (cara), syarat, peraturan dan adab-adab tertentu sebagaimana diterima dan diwarisi dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ oleh sekalian Imam-Imam Ahlus Sunnah secara _mutawatir_. Zikir seperti ini (yang dilaksanakan dengan kafiyyat dan syarat-syaratnya) akan membawa kepada kesucian hatinya, meningkatkan TAUHID atau IMAN atau TAQWA seseorang. Dia akan di-Kurniakan oleh Allah kefahaman yang mendalam tentang Agama, dia akan menjadi lebih khusyu’ di dalam solatnya serta memperoleh ketenangan di dalam seluruh kehidupannya. Inilah Zikir yang dituntut ke atas setiap orang beriman.
Fokus penting di sini yang kita ingin bincangkan adalah :
Dari definisi Zikrullah kita faham : Yang dikehendaki dengan "Zikir Allah Allah" adalah "Zikrullah", iaitu "mengingat Allah di dalam hati terus-menerus tanpa putus". Atau dikatakan : Mengulang-ulang Kalimat "Allah" di dalam hati terus-menerus. Dan ini Perintah Allah yang wajib sebagaimana akan datang penjelasannya.
Maka sebagaimana kami terangkan pada awal risalah, hal ini bukan suatu yang pelik atau baru kerana Zikrullah atau Zikir Allah Allah adalah Tradisi Ahlus Sunnah turun-temurun, mulai daripada Rasulullah ﷺ, kemudian dilanjutkan oleh para Sahabat, kemudian Tabiin, kemudian Tabiit Tabiin, kemudian Imam-Imam Ahlus Sunnah sampai ke saat ini masih terus diamalkan oleh sekalian pendokong Ahlus Sunnah.
Bahkan, Zikrullah bukan suatu yang bersifat sampingan tetapi sebagai kewajipan setiap orang beriman sehingga dikatakan orang yang berzikir dengan zikir yang banyak adalah sebenar orang beriman sedangkan orang yang malas berzikir adalah menunjukkan wujudnya sifat munafiq di dalam hatinya atau dikatakan : Hatinya hampir mati akibat karat kekufuran dan kekejian. Wal Iyazubillah.
Jika kamu memahami hakikat ini, maka semua kekeliruan yang cuba dibangkitkan oleh Golongan jahil dapat dihapuskan.
Bersambung siri 167 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment