SIRI 158
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 3: Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Jalan Ma'rifat
Fasal 6: Matlamat Pendidikan Jalan Ma'rifat
_1) Matlamat Utama Pendidikan Jalan Ma'rifat.
Sambungan...
Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu menjelaskan darihal ayat ini:
"Ada dua macam ilmu yang diturunkan kepada kita.
Pertama Ilmu Zahir, disebut Syari'at.
Kedua Ilmu Batin, disebut Ma'rifat atau Toriqat.
Syari'at untuk jasad kita dan Ma'rifat (yang terbit dari Toriqat) adalah untuk batin. Kedua-duanya WAJIB dipadu dan dari perpaduannya membuahkan Haqiqat. Seperti halnya pohon dan daunnya yang menghasilkan buah. Sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah Ar Rahman: ayat 19 (مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ). Dengan ilmu zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai Haqiqat dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah. Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan wujud oleh perpaduan antara Ilmu Zahir (Syari'at Rasulullah ﷺ) dan Ilmu Batin (Toriqat Rasulullah ﷺ). Dengan ini dapat menyempurnakan tuntutan Ma'rifat dan Ubudiyyah sebagaimana Firman Allah "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ".
[Tamat Nukilan dari Kitab Sirrul Asrar]
Di dalam bahasa yang mudah difahami:
Tujuan Penciptaan manusia adalah untuk Mengenal Allah dengan sebenarnya, yakni Ma'rifat. Untuk memperoleh "Ma'rifat" dan seterusnya "Ubudiyyah" yang hakiki, setiap orang beriman wajib mempelajari dan amalkan kedua-dua Ilmu yang diterima dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ, iaitu Ilmu Zahir (Syari'at) dan Ilmu Batin (Toriqat) dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq.
Jika seseorang hanya amalkan Ilmu Zahir (Syari'at) sahaja dan tinggalkan Ilmu Batin (Toriqat) atau dia hanya amalkan Ilmu Batin (Toriqat) sahaja dan abaikan Ilmu Zahir (Syari'at), maka dia sama sekali tidak akan dapat Mengenal Allah dengan sebenar dan tidak mungkin dapat Ubudiyyah (perhambaan diri) di dalam erti kata yang sebenar sebagaimana yang dituntut oleh Allah. Bahkan orang-orang seperti ini di dalam bahaya kebinasaan Iman.
Ringkasnya:
Matlamat pokok Pendidikan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq tidak lain melainkan menyempurnakan tujuan Allah Ta’ala menciptakan manusia atas muka bumi, iaitu Ma’rifat dan Ubudiyyah kepada Allah Ta’ala setulus hati.
Bersambung siri 159 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
_____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment